Carian
March 27, 2024

Wanita KEADILAN Seru Rakyat Tolak Keganasan Terhadap Wakil Rakyat

1.Merujuk kepada insiden cermin kenderaan milik Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan, Gan Ay Ling pecah selepas dibaling batu oleh individu tidak dikenali di kediaman beliau semalam, Wanita KEADILAN menyeru bahawa rakyat perlu menolak sebarang kegiatan keganasan yang dilakukan terhadap wakil rakyat yang dipilih melalui Pilihanraya Umum.

 

2.Saya memandang serius mengenai kes ini kerana keselamatan seorang wakil rakyat terancam walaupun YB Gan tidak mengalami kecederaan fizikal dalam insiden ini.

 

3.Ancaman keganasan terhadap seseorang wakil rakyat tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan ini akan merencat kebebasan wakil rakyat bersuara dan menghalang mereka menjalankan amanah demi kesejahteraan rakyat.

 

4.Sebagai kesan, sistem demokrasi akan terjejas dan memberikan persepsi bahawa negara ini menyokong pemerintahan kerajaan dengan keganasan sekiranya hal ini tidak diambil serius.

 

5.⁠ Pihak polis perlu menyiasat perkara ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang paling berat agar orang ramai sedar bahawa ancaman dan serangan sebegini tidak akan dikompromi oleh pihak berkuasa.

Loh Ker Chean 

Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat 

Related Posts
crossmenuchevron-up