Carian
February 1, 2022

Daftar Pemilih Pemilihan KEADILAN

KEADILAN telah menerima sejumlah 78,093 permohonan keanggotaan baru setakat penutupan pendaftaran pada 31 Januari 2022. Angka ini diterima KEADILAN sejak 24 November 2021 yang lalu. Penyertaan dengan jumlah yang begitu besar ini menunjukkan KEADILAN terus mendapat sokongan dan dokongan rakyat untuk terus memacu politik dan kepimpinan negara.

Anggota-anggota yang telah berdaftar sehingga 31 Januari 2022 ini akan dibentangkan kepada Cabang untuk proses semakan dan bantahan dibuat sebelum senarai ini dimasukkan ke dalam Daftar Anggota Induk Parti. Proses ini akan dibuka bermula 3 Februari 2022 sehingga 9 Februari 2022. Jika terdapat bantahan pada senarai anggota baharu yang dibekalkan, Cabang boleh kemukakan bantahan kepada Pejabat Setiausaha Agung sebelum atau pada 9 Februari 2022.

Kesemua bantahan yang dikemukakan mengikut tempoh yang ditetapkan akan diproses dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat. Keputusan Majlis Pimpinan Pusat ke atas setiap bantahan yang diterima adalah muktamad.

Ibu Pejabat akan mengeluarkan Daftar Anggota Induk yang lengkap seawal 18 Februari 2022 dan akan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti bagi melengkapkan Daftar Pemilih untuk kegunaan Pemilihan Parti.

 

DATO’ SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

1 Februari 2022

Related Posts
crossmenuchevron-up