Carian
November 22, 2019

DASAR BARU AMERIKA KE ATAS PENEMPATAN HARAM ISRAEL SUBURKAN APARTEID DAN RAMPASAN TANAH RAKYAT PALESTIN

 

67402854_1329176343899068_5375763758402502656_n

 

DASAR BARU AMERIKA KE ATAS PENEMPATAN HARAM ISRAEL SUBURKAN APARTEID DAN RAMPASAN TANAH RAKYAT PALESTIN

19 November 2019

Semalam, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mengumumkan perubahan dasar luar AS yang tidak lagi melihat penempatan Israel di Tebing Barat sebagai bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Pengumuman ini merombak pendirian 41 tahun AS (sejak tahun 1978) yang menyifatkan penempatan Israel di Tebing Barat 'tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa' bahkan 'penghalang kepada perdamaian (Israel-Palestin)'.

Pengumuman dasar baru ini ketika Gaza sedang dihentam dengan bom oleh tentera udara Israel adalah bukti ketandusan sensitiviti dan moral AS terhadap nasib rakyat Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis Israel.

Dasar baru AS ini sangat mendukacitakan dan merupakan langkah ke belakang ketika dunia bergerak untuk memastikan Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Minggu lepas (12 November 2019), Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (CURIA) menolak tuntutan kumpulan lobi Israel, Organisation Juive Européenne, dan memutuskan setiap barangan yang dieksport keluar dari penempatan haram Israel tidak boleh menggunakan label 'Dibuat di Israel'. Keputusan ini selari dengan konsensus antarabangsa dan polisi Kesatuan Eropah (EU) yang masih menyifatkan Tebing Barat sebagai wilayah yang diduduki secara haram (illegally occupied).

Dasar baru AS ini hanya akan menyuburkan amalan apartheid Israel dan menghalalkan lebih banyak rampasan tanah rakyat Palestin di di Tebing Barat. "Status akhir hanya diputuskan melalui rundingan Israel-Palestin" tidak boleh dibenarkan untuk terus menjadi modal menghalalkan penempatan haram Israel di Tebing Barat.

SYED IBRAHIM SYED NOH
Ahli Parlimen LEDANG
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
Parti Keadilan Rakyat

 

 

Related Posts
crossmenuchevron-up