Carian
August 10, 2020

KEADILAN Mengalukan Kemasukkan Bekas Ketua BERSATU Kuala Krau

Kenyataan Media
10 Ogos 2020
Saya ingin mengalu-alukan penyertaan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kuala Krau Mohd Rafidee ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bersama-sama 200 ahli mereka.

KEADILAN percaya beliau selaku mantan calon parlimen Kuala Krau telah membuat keputusan tepat meninggalkan BERSATU yang sudah menyimpang daripada matlamat perjuangan asal menentang kleptokrasi sekaligus mengkhianati mandat rakyat pada PRU14.

KEADILAN sebagai parti berbilang kaum sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin bersama terlibat dalam perjuangan memartabatkan hak rakyat, ekonomi yang saksama, menegakkan keadilan dan melakukan perubahan institusi serta sistem dalam negara.

Di samping itu, penyertaan saudara Rafidee akan memperkukuhkan lagi Pakatan Harapan di kawasan Kuala Krau yang kini diwakili oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri dan juga negeri Pahang. Pastinya ide dan khidmat beliau diperlukan dalam ikhtiar untuk merampas kerusi tersebut.

KEADILAN sekali lagi mengucapkan selamat datang kepada Saudara Mohd Rafidee bersama 200 bekas ahli Bersatu Kuala Krau ke dalam keluarga besar KEADILAN.

Masanya sudah tiba
Bersatulah demi Reformasi !

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up