Carian
July 28, 2022

Ketua Cabang Kaum India Sebulat Suara Menyokong Pelantikan Presiden

Kami, 26 Ketua Cabang KEADILAN dari kalangan kaum India telah mengadakan pertemuan dengan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Hanya 7 Ketua Cabang dari jumlah keseluruhan 33 Ketua Cabang kaum India tidak dapat hadir dengan maaf.

Dalam pertemuan tersebut Presiden telah ingatkan bahawa KEADILAN adalah parti berbilang kaum dan berkomited membela semua kaum. Kami, sebagai pimpinan masyarakat India bersama dengan pimpinan lain juga perlu memainkan peranan untuk memastikan masyarakat India di Cabang dan negeri kami dibela.

Beliau juga menarik perhatian kepada antara lain isu-isu kemiskinan, masalah pendidikan dan socio ekonomi, kerakyatan dan skandal- skandal saham MAIKA dan dana MITRA. Perlantikan baru-baru ini kepada Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN juga disentuh.

Dalam perbincangan susulan, beberapa Ketua Cabang meluahkan pandangan tidak puas hati dengan pelantikan Presiden. Tetapi akhirnya selepas mendengar pandangan Presiden dan Ketua Cabang lain, semua dalam pertemuan sebulat suara setuju topik pelantikan ini perlu ditutup serta merta dan tidak diwarwarkan lagi, di mana hak pelantikan adalah budibicara mutlak Presiden, dan semua pemimpin perlu melihat dan bergerak ke hadapan ( “move on” ) sebagai satu pasukan untuk menumpukan semua tenaga kepada memenangi PRU 15.

Sdr Manivannan Gowin dan Sdr R. Yuneswaran selaku anggota MPP yang dilantik juga hadir dalam pertemuan dengan Presiden.

Senarai Ketua Cabang yang hadir adalah seperti berikut:
1. Sivarasa - Sungai Buloh
2. Pravin Murali – Subang
3. Ravi Shanker – Labis
4. G. Balamurali – Bangi
5. Haridass – Kuala Langat
6. M.A. Tinagaran Arumugam – Ipoh Barat
7. Maheswaran – Temerloh
8. Rajen Munusamy – Hulu langat
9. Kesavan – Sungai Siput
10. Jayakumar – Kepong
11. Gunaraj – Kota Raja
12. Anbarasan – Puchong
13. Manukaran Ramulu – Bagan Datoh
14. Alphonse Michael – Bagan Serai
15. Anetha – Seputeh
16. Subramani Chami – Pagoh
17. Thiban – Kuala Selangor
18. Poobalan – Jerai
19. Chandru – Baling
20. Kishore Kumaar – Bukit Bintang
21. Arumugam – Merbok
22. R. Yuneswaran – Tebrau
23. P. Prabakaran – Batu
24. Rony Nurugan – Iskandar Puteri
25. Karuppiah – Padang Serai
26. Dr. Sathia – Hulu Selangor

Related Posts
crossmenuchevron-up