Kenyataan Media
NASIB PETANI HARUS DIBELA SEMASA KRISIS COVID-19
1. Semasa negara dilanda krisis COVID-19, rakyat Malaysia dikenakan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
2. PKP menjejaskan pergerakkan rakyat ke pasar dan restoran. Pelancong tidak lagi memasuki negara.
3. Ini menjejaskan permintaan hasil pertanian negara. Permintaan terhadap sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan menurun.
4. Pelbagai karenah birokrasi juga menyebabkan penghantaran hasil pertanian ke pasaran juga terjejas akibat PKP.
5. Akibatnya, pendapatan golongan petani terjejas. Mereka mengalami kerugian akibat perintah kawalan pergerakkan secara tiba-tiba.
6. Secara purata, para petani mengalami kerugian setinggi 20-30% akibat PKP secara tiba-tiba.
7. Beberapa insiden pembuangan hasil pertanian yang berlaku di Cameron Highlands dan negeri Johor telah berlaku. Walaupun ia adalah kes terpencil (isolated case), tetapi ia membuktikan bahawa nasib petani sangat terjejas dengan PKP.
8. Pembaziran hasil pertanian tidak harus berlaku, kerana puluhan ribu golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah kekurangan makanan seperti dilaporkan oleh media dan social media.
9. KEADILAN ingin menyeru kerajaan mengambil tindakan drastik untuk mengatasi kerugian yang dihadapi oleh petani dan mengelakkan pembaziran.
10. Cadangan pertama, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan harus mengerakkan FAMA untuk melakukan Guaranteed Buy Back Scheme untuk membeli sebarang hasil lebihan sempena masa KPK untuk mengurangkan kerugian para petani.
11. Lebihan hasil pertanian boleh disalurkan kepada golongan yang berpendapatan rendah pada harga yang berpatutan.
12. Ini sebenarnya peranan FAMA selama ini. Pada saat krisis, peranan tersebut harus diperluaskan dan dipercepatkan.
13. Perintah Kawalan Pergerakan juga menjejaskan rantaian pertanian. Ramai pemandu lori menghadapi masalah permit merentasi negeri dan mengeksport.
14. Ramai petani menghadapi masalah mendapatkan input pertanian seperti benih, baja, racun serangga kerana kedai diperintah tutup. Ini akan menjejaskan musim penanaman yang baru.
15. Petani juga menghadapi kekurangan kotak dan bahan pakejing pertanian kerana kilang diperintah tutup. Apabila kekurangan kotak, hasil pertanian tidak dapat dihantar ke pasaran.
16. MoA harus mengkaji seluruh rantaian pertanian, memudahcara rantaian supaya musim penanaman tidak terjejas dan hasil pertanian boleh dipasarkan.
17. Secara kesimpulannya, sektor pertanian tidak harus dijejas dengan PKP kerana kerajaan harus memastikan sekuriti makanan (food security). Kerajaan harus memastikan produktiviti dan penghantaran (distribution) berterusan untuk semua jenis hasil pertanian.
18. Peranan MoA amat penting dalam memastikan petani terus menanam dan menghadapi kerugian yang minima.
19. Ini kerana, tanpa petani, tiada makanan. Rakyat Malaysia memerlukan makanan berkhasiat untuk menang dalam peperangan COVID-19.
YB Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru
AJK Krisis COVID-19 KEADILAN