PERUTUSAN HARI WESAK
Mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia yang hari ini merayakan hari kelahiran Siddartha Gautama lebih 2000 tahun lalu. Tarikh ini menjadi penting buat penganut Buddha kerana ia adalah hari di mana Siddartha Gautama dilahirkan semula di Nirvana.
Saya ingin menggesa rakyat Malaysia untuk membaca dan memahami falsafah kemanusiaan yang didukung Gautama seperti kasih sayang, kemuliaan insan, toleransi, hormat menghormati dan hidup dalam aman dan berukun mesti dihayati dan dipupuk.
Justeru itu, sebarang percubaan untuk menanam rasa benci kepada mana-mana kaum atau agama di negara ini harus ditundukkan demi keamanan dan keadilan sejagat.
Sekali lagi saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.
ANWAR IBRAHIM