Carian
February 25, 2022

KEADILAN Kekal Fokus Di N44 Larkin

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengumumkan Dr Zamil Najwah sebagai calon KEADILAN mewakili Pakatan Harapan di N44 DUN Larkin pada 14 Februari 2022.

Beliau merupakan seorang Doktor Perubatan yang mengusahakan klinik persendirian di Taman Cendana. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat selama 5 tahun di Hospital Sultanah Aminah dan menetap di Bandar Baru Uda.

Selain berlatar belakangkan profesional, beliau sering bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk di peringkat antarabangsa. Beliau pernah
sertai Misi Kemanusiaan ke Gaza, Palestin (2013) dan Misi Kemanusiaan ke Beirut, Lubnan (2016).

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) ambil maklum pengumuman Parti MUDA yang ingin meletakkan calon mereka di N44 Larkin. Tindakan MUDA ini akan menyebabkan berlaku banyak penjuru termasuklah pertembungan dengan KEADILAN, seperti mana tindakan parti Pejuang dan lain-lain.

Saya menyeru agar seluruh jentera KEADILAN di DUN Larkin dan kerusikerusi ditandingi KEADILAN untuk kekal fokus dan terus bekerja kerasb mendekati rakyat bagi memenangkan calon KEADILAN.

Sudah menjadi tumpuan kepada KEADILAN Johor Bahru mengangkat aspirasi pengundi DUN Larkin terutamanya yang terkait dengan pemilikan tanah iaitu tempoh pajakan tanah (leasehold) yang semakin memendek terutamanya di kawasan Larkin dan Kg Melayu Majidee, bebanan penduduk bandar/separa bandar terutamanya anak muda berkaitan dengan ekonomi dan kos sara hidup serta permasalahan setempat.

Ini juga akan meneruskan kesinambungan usaha yang telah dijalankan KEADILAN di peringkat Parlimen Johor Bahru seperti #FoodbankJB,pasukan Sanitasi Larkin dan bantuan pendidikan anak JB.

Tanpa berbelah bagi, seluruh kekuatan jentera perlu digarap bagi memastikan kita mampu menewaskan siapa juga calon yang bakal diletakkan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

KEADILAN akan terus mengangkat isu-isu substantif terkait kesusahan rakyat teramai termasuk isu kos sara hidup yang meningkat, kebajikan pekerja ekonomi gig dan golongan rentan.

Keputusan MUDA untuk mencetuskan pertembungan sesama pembangkang di DUN Larkin tidak akan mengganggu fokus KEADILAN. Tindakan MUDA ini hanya akan mengesahkan tanggapan ramai pihak yang menyifatkan gaya politik MUDA yang masih dangkal dan tidak matang dalam menilai pihak kawan dan lawan.

Walaupun mengakui MUDA mempunyai hak demokrasi untuk meletakkan calon di mana-mana kerusi yang mereka inginkan, tetapi AMK tertanya-tanya apa motif sebenar MUDA mahu meletakkan calon di DUN Larkin sedangkan KEADILAN telah menamakan seorang tokoh profesional dan berpengalaman.

Keputusan ini juga bertentangan dengan pendirian awal yang pernah dibuat Presiden MUDA sebelum ini untuk tidak meletakkan calon MUDA di kerusikerusi yang ditandingi KEADILAN.

Walaupun berhadapan risiko pecah undi akibat tindakan MUDA ini, KEADILAN tetap yakin akan mampu menawan semula Larkin yang sebelum ini dimenangi Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Pemilihan Dr Zamil adalah bertepatan dengan nilai, prinsip dan integriti yang dipegang oleh KEADILAN dalam pemilihan calon pilihan raya dan seterusnya
menawarkan pemimpin yang berkredibiliti untuk diangkat sebagai wakil rakyat.

Dr Zamil Najwah
Calon KEADILAN N44 DUN Larkin

Akmal Nasir
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua AMK Malaysia
Pengarah Kempen Piilihan Raya DUN Larkin

Related Posts
crossmenuchevron-up