Carian
August 10, 2021

Rumah Tak Siap, Pahat Makin Kuat Berbunyi: Apakah Status MyTrace Malaysia?

Menyaksikan penularan kes Covid-19 semakin kritikal di Malaysia kita semua perlu berganding bahu untuk bersama -sama menentang musuh halimunan ini. Saya tertarik untuk mengetahui status MyTrace Malaysia.

Pada 14 April 2020, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin telah menyatakan di akaun rasmi Twitter beliau sendiri bahawa aplikasi MyTrace ini akan disiapkan dalam masa beberapa hari lagi.

Pada 11 Mei 2020, Astro Awani juga mengeluarkan tentang penjelasan beliau pada program Cerita di Astro Awani.

Apakah perkembangan aplikasi tersebut memandangkan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Mahiaddin telah mengumumkan kemudahan-kemudahan kepada bagi individu yang telah menerima vaksinasi yang lengkap. AMK meragui tentang perkembangan perkara ini memandangkan laman web rasmi kementerian yang bertanggungjawab telah memadam ciapan tentang aplikasi ini.

AMK berpendapat bahawa aplikasi ini dapat membantu untuk memastikan negara kita dapat mengawal Covid-19 walaupun diberi kelonggaran berdasarkan penjelasan menteri sendiri sebelum ini. Jadi ianya penting untuk rakyat Malaysia status aplikasi MyTrace Malaysia.

AMK juga mahu jawapan tentang adakah peruntukan sudah diberikan dalam proses untuk menyiapkan aplikasi terbabit. Jika ada, berapakah jumlah yang sudah digunakan. Rakyat berhak untuk mengetahui tentang segala peruntukan yang digunakan kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa.

Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali
Timbalan Ketua AMK Terengganu

 

Related Posts
crossmenuchevron-up