Carian
August 25, 2021

Parlimen Wajar Ambil Iktibar Tindakan Timbalan Speaker

Keputusan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang disandangnya wajar dihormati.
Beliau menyatakan beberapa sebab mengenai tindakan tersebut termasuklah mengatakan bahawa kurangnya perbincangan atau keputusan bersama, dan selaku Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat beliau telah tertakluk kepada apa-apa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Umum mengetahui bagaimana banyak keputusan dan perjalanan Parlimen di bawah Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini dilihat melemahkan proses demokrasi serta seperti tiada pemisah dengan arahan atau kuasa eksekutif.

Sekiranya kita benar-benar serius untuk berhadapan dengan krisis pandemik, krisis ekonomi dan krisis kepimpinan, Parlimen sepatutnya mengambil peluang untuk melakukan pembaharuan atau “fresh start” agar ianya menjadi istitusi yang lebih adil dan inklusif, supaya proses semak dan imbang dapat berlaku dengan lebih baik.

Maka, AMK ingin menyarankan agar Datuk Azhar bin Azizan @ Harun dan YB Dato’ Rashid Hasnon mengambil iktibar serta mengikut jejak langkah Datuk Seri Azalina untuk meletakkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat secara sukarela.
AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua AMK Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up