Carian
December 6, 2021

Calon Wanita KEADILAN Terus Memperjuangkan Kesejahteraan Rakyat Sarawak

1.Wanita KEADILAN mengucapkan tahniah kepada semua calon Parti KEADILAN Rakyat terutamanya calon wanita yang telah berjaya dicalonkan dan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ini.

2.Lima orang calon wanita yang bertanding adalah Meneng Biris (N1 Opar), Cherish Ng (N11 Batu Lintang), Anie Amat (N66 Murum), Norhafizah Joharie (N71 Bekenu) dan Zulhaidah Suboh (N72 Lambir).

3.Saya sebagai Ketua Wanita Pusat berasa amat bangga kerana Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak telah berusaha sedaya upaya supaya lebih banyak kerusi diperuntukkan kepada wanita untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

4.Usaha KEADILAN untuk meningkatkan perwakilan wanita di cawangan perundangan negeri bukan semata – matanya untuk mencapai sasaran minimum 30% penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan, tetapi untuk mengiktirafkan wanita yang berbakat dan berkemampuan untuk bertanding dan menjadi wakil rakyat. Amat membanggakan kita berjaya menengahkan lagi 2 daripada 5 calon adalah dari kalangan wanita muda.

5.Dalam pada itu, sumbangan wakil rakyat kaum wanita dalam dewan negeri atau cawangan eksekutif pentadbiran adalah kritikal pada saat ini kerana wanita yang lebih bersifat empati mengutamakan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan pemulihan negeri khususnya pada pasca pandemik ini.

6.Di sini saya inigin mengucapkan selamat berkempen kepada semua calon dalam tempoh 12 hari ini dan semoga segala dipermudahkan untuk memenangkan rakyat dan berkhidmat untuk rakyat.

Hajjah Fuziah Salleh
Ketua Wanita KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up