Carian
January 23, 2022

KEADILAN Parti Pertama Lantik Pemimpin Wanita Sebagai Pengarah Pilihanraya

1.Seluruh anggota Wanita KEADILAN ingin merakamkan setinggi – tinggi ucapan tahniah kepada YB Fuziah Salleh di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Pilihanraya Pusat (JPRP) KEADILAN dan Puan Dr. Zaliha Mustafa di atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

2.Pelantikan tersebut telah dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang diadakan pada semalam di Petaling Jaya.

3.KEADILAN telah mencipta sejarah baharu bagi semua parti politik di negara ini kerana sebagai parti yang pertama melantik seorang pemimpin wanita sebagai pengarah pilihanraya.

4.Dalam pada itu, usaha KEADILAN dalam merealisasikan dasar mengarusperdanakan gender dalam sektor politik dengan mengambil tindakan drastik dan bukan sekadar janji kosong.

5.Kini, usaha ini diperkukuhkan lagi dan dibuktikan dengan pengiktirafan kemampuan wanita dengan pelantikan sebagai Pengarah Pilihanraya Pusat dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti.

6.Kedua – dua posisi ini bukanlah suatu yang kecil tetapi umpama seorang Jeneral Perang bagi memastikan parti menang dalam core-businesnya. Ia bukannya suatu yang mudah namun mengenali 2 karakter pemimpin yang dinamakan, mereka ternyata sangat layak.

7.Sebelum ini, anggota parti memilih tokoh wanita, YB Dato Seri Dr Wan Azizah ke jawatan Presiden parti dan tokoh – tokoh wanita lain sebagai naib presiden parti. Ini adalah pencapaian wanita yang sangat ketara dalam hierarki parti.

8.Wanita KEADILAN percaya dan yakin bahawa reformasi institusi parti politik merupakan langkah pembaharuan utama untuk membawa arus perubahan.

Nurin Aina
Setiausaha Wanita KEADILAN Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up