1. Tindakan Ketua Pemuda ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal yang menyalahkan portal Suara Keadilan terkait ucapan Presiden Bersatu mempertikai Keputusan SPB Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri adalah cubaan mengalih perhatian orang awam daripada kekhilafan besar yang dibuat oleh Presiden partinya.
2. Jelas lagi bersuluh bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sekadar menyatakan fakta seperti yang didakwa, tetapi mempertikaikan Keputusan yang dibuat secara terang-terangan berlandaskan undang-undang dan Perlembagaan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Pembuatan Keputusan untuk melantik Perdana Menteri selepas PRU15 sudah pasti mengambil kira undang-undang antilompat parti yang telah berkuatkuasa serta kontrak perjanjian antara parti dan Ahli Parlimen terhadap sokongan parti secara en bloc.
4. BERSATU sudah sekian lama merosakkan demokrasi negara ini bermula dengan Langkah Sheraton sehingga merosakkan kerangka sebenar undang-undang anti lompat parti yang diluluskan pada tahun 2022.
5. Kini apabila kerosakan yang mereka lakukan diperbaiki, mereka memilih untuk playing the victim apabila mereka tidak lagi boleh menculik Ahli Parlimen.
6. Wan Fayhsal yang merupakan ketua sayap parti Pemuda BERSATU wajar menunjukkan teladan yang baik kepada anak muda dalam mempertahankan kebenaran dengan memohon maaf bagi pihak Presiden dan parti BERSATU, bukannya bersekongkol dengan kerja jahat Presidennya dan menegakkan benang yang basah.
Haziq Azfar
Pengarah Komunikasi AMK Malaysia