Carian
September 16, 2024

Tiada Keputusan Berkenaan Penangguhan Pemilihan Parti Selepas PRU16 Dibuat Di Dalam Mesyuarat MPP 15hb September 2024

Merujuk kepada artikel Nantha Kumar yang di siarkan oleh Malaysiakini bertajuk “PKR tangguh pemilihan parti selepas PRU16 -sumber “- disini saya ingin menegaskan bahawa tiada keputusan sedemikian telah dibuat sewaktu mesyuarat MPP pada ahad 15hb September 2024. Walaupun ada perbincangan serta pandangan dilontarkan, namun ia hanya perbincangan dan tiada keputusan tuntas. Mesyuarat berpendapat perlu lebih banyak libat urus diadakan di semua peringkat kepimpinan parti sebelum satu-satu keputusan dibuat.

Saya berharap bahawa pihak Malaysiakini akan bersikap lebih bertanggungjawab pada masa akan datang kerana saudara Nantha Kumar sudah pun menghubungi saya malam semalam dan saya juga sudah menafikan bahawa keputusan tersebut telah dibuat. Ayat saya berbunyi “Tidak ada keputusan sedemikian yang dibuat di mesyuarat MPP semalam “

Hajah Fuziah Salleh

Setiausaha Agung KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up