
1.β β Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Sdr Akmal Saleh terkait kesediaan beliau ke mahkamah demi mempertahankan Islam dan Melayu dalam isu pensijilan halal hakikatnya lebih sudu dari kuah.
2.β β Kenyataan ini berlebih-lebih (exaggeration) berbanding soal isu pensijilan halal yang merupakan isu konsumerisme atau kepenggunaan.
3.β β Sebarang ketidaksetujuan soal pandangan terkait isu pensijilan halal oleh Sdri Teresa Kok boleh sahaja dikritik balas oleh sesiapa namun wajar difokuskan kepada perkara pokok dalam pensijilan halal, bukan dilebih-lebihkan menjadi isu bangsa dan agama.
4.β β Tidak wajar buat ahli politik untuk mencucuh api mencetuskan bahang kemarahan dengan isu kaum dan agama dalam pemikiran masyarakat tatkala bahan bakarnya tidak pun wujud.
5.β β Setiap ahli politik bertanggungjawab mencelikkan masyarakat dengan bertindak balas dengan isu melalui penilaian yang lebih objektif.
Haziq Azfar
Pengarah Komunikasi
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia