January 7, 2025

Rakan Kerajaan Madani Jangan Terpedaya Dengan Taktik Perikatan Nasional

Keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar titah adendum bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah membuktikan bahawa kerajaan sentiasa telus dalam urusan undang-undang.

Kerajaan MADANI menghormati keputusan mahkamah yang dibuat berdasarkan fakta dan bukti, serta memastikan proses perundangan dijalankan dengan adil dan berintegriti.

Namun begitu, saya menyeru rakan-rakan dalam Kerajaan MADANI, khususnya dari Barisan Nasional, untuk tidak terpedaya dengan sentimen politik yang cuba dimainkan oleh Perikatan Nasional.

Perlu diingatkan bahawa beberapa pemimpin PN yang sebelum ini lantang menyuarakan isu 1MDB, seperti Saifuddin Abdullah dan Wan Ahmad Faysal, kini mengambil pendekatan bertentangan. Perubahan pendirian ini menimbulkan persoalan tentang keikhlasan mereka dan motif di sebaliknya.

Kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam Kerajaan MADANI telah membuahkan hasil yang banyak, termasuk peningkatan pelaburan, inflasi yang terkawal, dan pengiktirafan positif terhadap Malaysia di peringkat antarabangsa. Usaha bersama ini perlu diteruskan tanpa digugat oleh permainan sentimen atau taktik politik yang bertujuan menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Jangan biarkan permainan sentimen seumpama ini memecahbelahkan perpaduan yang telah kita bina demi kesejahteraan negara.

NABIL HALIMI

KETUA PENERANGAN

ANGKATAN MUDA KEADILAN

Related Posts
π€πŒπŠ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ‘πˆππ’πˆπ πŠπ„π“π„π‹π”π’π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„ππ„ππ“πˆππ†π€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Saya mengambil maklum perkembangan melibatkan Saudara Kamil Munim berhubung kenyataan beliau y...
Ketahui Lebih Lanjut
ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π π‘πˆππ†π†πˆπ“ ππ”πŠπ“πˆ πŠπ„π˜π€πŠπˆππ€π πƒπ”ππˆπ€ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π„πŠπŽππŽπŒπˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€
AngkatanΒ MudaΒ KEADILANΒ (AMK)Β MalaysiaΒ menyambutΒ baikΒ perkembanganΒ positifΒ prestasiΒ m...
Ketahui Lebih Lanjut
crossmenuchevron-up