Carian
January 14, 2025

KK Mart Dan Isu Halal: Hormati Sensitiviti Penggunan, Tindakan Tegas Wajar Diambil

Ekoran daripada dakwaan bahawa KK Mart dan pengilang Shake And Bake Cafe Sdn Bhd menjual produk “Ham and Cheese Sandwich” dengan mencetak logo Halal tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Isu ini membangkitkan kebimbangan terhadap kepercayaan umat Islam dalam status Halal produk yang dibeli. Penggunaan logo Halal tanpa kebenaran bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi turut mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna. Pihak korporat, termasuk pengilang dan pengedar, perlu bertanggungjawab memastikan produk mereka mematuhi peraturan dan menghormati sensitiviti pengguna.

Prinsip Rukun Negara "Kepercayaan kepada Tuhan" mengingatkan kita tentang pentingnya hidup harmoni dengan saling menghormati kepercayaan setiap individu. Sebagai sebuah negara majmuk, sensitiviti agama perlu dihormati, manakala sebarang provokasi atau tindakan melulu yang berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan agama harus dielakkan.

Orang ramai diseru untuk menggunakan aplikasi dan portal Halal Malaysia bagi menyemak status halal produk serta melaporkan sebarang unsur penipuan kepada pihak berkuasa. Kepercayaan penuh perlu diberikan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

Marilah terus bersama-sama memperkukuh keharmonian masyarakat dan menjaga perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara kita.

NABIL HALIMI

KETUA PENERANGAN

ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

Related Posts
crossmenuchevron-up