August 14, 2025

Ahli Parlimen Miri Gesa Dewan Rakyat Bahas Segera Isu Keselamatan Wakil Rakyat Susulan Insiden Serangan

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, hari ini telah mengemukakan usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato' Johari Bin Abdul, untuk membahaskan isu keselamatan ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berikutan serangan ke atas ahli keluarga Ahli Parlimen Pandan semalam.

Dalam usul yang dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), Ahli Parlimen Miri mencadangkan agar Dewan Rakyat membincangkan "isu keselamatan diri dan ahli keluarga seseorang ahli Parlimen atau ahli mana-mana Dewan Negeri susulan insiden serangan ke atas ahli keluarga Ahli Parlimen Pandan pada 13 Ogos 2025."

Menurut Chiew, perbahasan segera mengenai isu ini adalah amat penting kerana serangan tersebut telah menimbulkan keresahan bukan sahaja dalam kalangan wakil rakyat, tetapi juga masyarakat umum mengenai tahap keselamatan dalam negara.

Beliau menegaskan bahawa tanpa tindakan segera, sentimen takut dan kurang keyakinan boleh merebak dan menjejaskan tugas wakil rakyat serta aktiviti harian masyarakat.

Usul ini kini menanti pertimbangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk dibahaskan dalam sidang.

Related Posts
crossmenuchevron-up