September 29, 2025

KEADILAN Mengesahkan Penyertaan Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh Ke Dalam Pelayaran Freedom Flotilla Coalition

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ingin mengesahkan bahawa Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, akan turut serta dalam pelayaran Freedom Flotilla Coalition yang kini sedang berusaha menembusi sekatan laut Israel untuk menghantar bantuan kemanusiaan terus ke Gaza.

Penyertaan beliau adalah lambang keberanian dan pengorbanan seorang pemimpin yang berpegang teguh pada nilai kemanusiaan, solidariti, dan perjuangan KEADILAN untuk membela yang tertindas. Risiko yang bakal dihadapi amat besar, namun penderitaan rakyat Palestin jauh lebih berat untuk terus kita saksikan tanpa tindakan.

Kami menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan keselamatan beliau serta semua aktivis kemanusiaan yang berlayar bersama beliau di Freedom Flotilla Coalition. Semoga setiap usaha kecil ini membawa makna besar buat rakyat Gaza yang sedang menanti dengan penuh harapan.

Nurul Izzah Anwar

Timbalan Presiden KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up