August 15, 2026

UCAPAN DASAR KONGRES NASIONAL KEADILAN 2026 KE-19

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah rabbil alameen, nahmaduhu wa nussalli ala rasulil karim, wa ala alihi wa sahbihi ajma'in.

Saudara Yang Berbahagia Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Presiden AMANAH dan rakan pimpinan DAP, sebagai rakan sekutu dalam Pakatan Harapan; Saudara saya, sahabat lama YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan seluruh perwakilan rakan-rakan Negeri Sabah; Rakan-rakan dari parti-parti, sama ada dalam Kerajaan Perpaduan dan juga rakan-rakan parti-parti sahabat yang turut hadir. Ahli-ahli Parlimen, mulai bersama, terima kasih. Dan juga ahli-ahli Parlimen Bebas, rakan-rakan dari NGO.

Excellencies, representatives of friendly countries, May I, on behalf of party and fellow delegates express our profound appreciation where presence we will seem and further a friendship that thrust that we believe that your presence is placed your commitment continue this meaningful collaboration to enhance bilateral relations at the same time to ensure that our countries succeed.

 

Terima kasih kepada Setiausaha Agung dan seluruh jentera parti yang mengelolakan majlis ini, termasuk YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan MITC. Juga kepada Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Azizah dan rakan-rakan pimpinan.

Terus dari semalam, kita baru selesai mengadakan Sidang Wanita dan AMK. Tentunya sebagai seorang pimpinan parti, saya ikuti dari dekat pidato pimpinan Wanita dan AMK, perbahasan mereka. Dan saya harus lahirkan kenyataan yang ikhlas di sini. Saya bangga dengan anak-anak kita, Wanita dan AMK. Kehadiran, penyertaan di antara yang terbaik ketimbang puluhan tahun yang lalu. Isi bernas, berani menegur, termasuk menegur Perdana Menteri. Ini luar biasa beraninya.

Ini Parti KEADILAN. Dan saya tentunya teliti pidato Timbalan Presiden, Nurul Izzah. Dengan kemelut kebelakangan ini, tentunya saya lebih teliti daripada biasa. Dan saya harus melahirkan rasa bangga dan penghargaan yang tinggi atas mutu dan harapan mereka.

Saudara, kita bergerak sebagai parti yang mendamba perubahan. Ia tidak mudah. Parti ini diasaskan dalam pahit, getir perjuangan. Dari dewan ke jalanan. Diserbu, dihina, dicerca saban hari. Ini terbentuk seolah-olah menongkah arus. Arusnya ke lain. Malaysia tidak boleh tertegak sebagai parti yang tidak berdasarkan kepada kaum. Tapi kita menongkah arus. Dan parti-parti Semenanjung jarang bicara soal Sabah-Sarawak, melainkan menjelang pilihan raya. Tapi kita berdegil. Mahu menjadikan ini parti teras Melayu, tetapi Malaysia. Kuat Semenanjung, tetapi mesti juga menyantuni saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak.

Percubaan yang paling terkesan ialah Almarhum Dato' Onn Jaafar, negarawan ulung, cuba pada ketika itu memilih untuk meninggalkan UMNO untuk melakar satu gagasan bangsa negara Tanah Melayu yang diwakili oleh semua kaum dan agama. Negarawan ulung, bijak, berpengaruh, berjasa besar, tapi tidak mudah.

 Saya tidak naif, bila melakar keputusan untuk menegakkan Parti KEADILAN pada masa itu, sebelum gabungan dengan Parti KEADILAN dengan Parti Rakyat jadi Parti KEADILAN Rakyat. Ramai yang memesan pada saya, ini impian jernih, tetapi tidak jejak kepada bumi nyata.

 Tapi kita anak-anak, terutama di kalangan anak muda pada masa itu, degil, mahu menongkah arus, mahu membuktikan bahawa Malaysia sudah harus matang dari politik dan dewasa. Bahawa politik di Semenanjung Tanah Melayu ini tidak boleh pinggirkan rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak, dan politik di kalangan teras Melayu ini tidak boleh menganggap rakan-rakan Cina,India, Orang Asli dan minoriti itu sebagai sampingan.

 Dan kita menempa sejarah. Mudah? Tidak. Sudah beres? Belum. Tetapi itulah kenyataannya. Bila kita umumkan dalam pengisytiharan Permatang Pauh: "In uridu illa al-islaha ma istata'tu". "Wama tawfiqi illa billah, 'Alayhi tawakkaltu wa ilayhi unīb” - September 1998.

Itu doa Nabi Allah Shuib A.S. Tidak terlalu idealistik, tidak terlalu ambitious, kerana kenyataannya perubahan sedaya upaya aku, bukan supaya perubahan esok, bukan reformasi mesti tercetus sebaik berkuasa, mesti laksanakan esok. Tidak. Sedaya upaya. Itu doa Nabi Allah Shuib. Apalagi kita yang kerdil begini.

 Jadi sebab itu, tekad itu daripada awal. Bayangkan saudara yang membaca perisytiharan itu akan lihat dari awal perubahan, kita bicara soal demokrasi, membantah ketidakadilan, benci terhadap sikap prasangka kaum dan agama, mesti merangkul seluruh kekuatan rakyat. Ini cita-cita besar, tapi sukar dilaksanakan.

 Sebab itu bagi anak-anak muda yang menyertai KEADILAN, bagi generasi kedua dan ketiga, harus menghadam semangat ini. Kita tidak pilih jalan mudah, tetapi kita bergerak dengan keyakinan.

Tongkat Warren atau Usman Awang, setahun selepas itu, Ogos 1999, melakar puisi, di antara puisi terakhir. Bayangkan, Sasterawan Negara besar melakar di antara puisi beliau yang terakhir melihat kepada kebangkitan anak-anak muda. Apa kata beliau? Otai reformis, rakan-rakan reformis, rakan-rakan yang sudah lama bersama kita faham. “Ini, angkatan ini gegar aras kayangan kerana kekuasaan mula tergoncang. Sekali tanganmu terancung ke udara, sejuta teriakan menyambutnya. Sekali suaramu terpancar ke angkasa, sejuta gelombang gema menyambutnya. Demi sumpah perjuangan, demi maruah keadilan, tabah dan gagah tidak pernah menyerah.”

Hadam dan cuba hayati. Masa bergulir, pasang surut naik turun, selalu saya bergurau dengan rakan-rakan. Saudara Ketua Menteri Hajiji pernah dengar ini, bila kita bicara berdua, saya kata,“hidup getir pasang surut, tapi sebenarnya lebih banyak surut dari pasang.” Dan akhirnya, alhamdulillah, dalam 2022, kita diberikan mandat.

 Jadi, dengan kekuatan induk Parti Keadilan Rakyat, DAP pada masa itu, di bawah pimpinan Anthony Loke, AMANAH, Mat Sabu, kita ambil keputusan, kita bersama dalam gabungan lebih besar. Kita runding, dan saya ucap terima kasih dan penghargaan daripada Dato' Seri Zahid Hamidi, sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO yang bertekad untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan. Kemudian terus sambutan luar biasa dari Ketua Menteri Sabah, Saudara Hajiji dan juga sahabat lama saya Abang Johari, Premier Abang Johari Sarawak. Dengan beberapa parti lain yang bersama.

Jadi saudara, maka terbentuk. Alhamdulillah, tidak sia-sia. Mudah? tidak. Ada yang mengandaikan pada masa itu, kita mesti merobah semua sekali. Saya nak ingatkan, kadang-kadang rakan-rakan pada ketika itu dalam Jemaah Menteri pun tidak sehandal bila di luar. Kita tahu bahawa perubahan itu harus bertapak, berperingkat. Ini bukan sebagai dalih untuk mengelak, dan kita juga belajar dan sentiasa saya ingatkan, gopoh, sepertimana pesan yang saya ungkapkan dalam beberapa sidang dan Kongres Keadilan.

Bila Umar Ibn Abd Aziz, siapa Umar Ibn Abd Aziz? Khalifah ulung, peribadi luar biasa, orangnya zuhud, ilmunya tinggi, akhlaknya murni, tekad untuk menegakkan Islam dan keadilan tidak mungkin dipertikai. Cucu kepada Umar ibn al-Khattab R.A. Jadi, tentunya, bila dia menjadi khalifah, Umar Ibn Abd Aziz, orang menganggap mesti bawa perubahan segera. Termasuk anaknya, Abdul Malik.

Jadi, Abdul Malik tanya ayahnya. “Ya, ayah, sekarang sudah jadi khalifah, bila mahu buat perubahan, menegakkan Islam sepenuhnya, membantah segala kebobrokan dan kerosakan. Harus segera. Kerana anda orang baik. Akhlaknya mulia. Tidak korup, bersih, zuhud, tiap malam berdamping dengan al-Quran dan tahajud. Ini masa untuk kita tegakkan”. Apa jawab ayahnya? Khalifah Umar Ibn Abd Aziz. Apakah dia kata kita undur? Tidak. Apakah dia tinggalkan Islam? Tidak. Apakah dia tinggalkan keadilan? Tidak. Tapi jawapan itu tepat dan ini menjadi pengajaran kepada kita.

Jawapan Khalifah Umar Ibn Abd Aziz. "Laa ta'jal ya bunayya - jangan gopoh, wahai anakku.” Kerana kegopohan untuk menuntut semua perubahan, sepertimana diwar-warkan oleh sesetengah pihak. Kalaupun, andai kata mereka Ikhlas, walaupun tidak diuar-uarkan semasa berkuasa. Kadang-kadang masaberkuasa lembab atau tidak sungguh-sungguh. Andai kata sungguh, bersungguh-sungguh. Harus meneliti keupayaan kita. Kesediaan rakan-rakan kita.

Ini bukan Parti Keadilan yang menjadi induk yang memerintah semuanya. Ini parti yang mesti berunding. Ada keutamaan yang di Kelantan yang tak sama dengan keutamaan di Sabah. Ada keperluan melakukan perubahan yang dianggap strategik bagi Selangor tidak semestinya di Johor. Atau yang dianggap keutamaan dalam senarai urutan keutamaan fiqh aulawiyat orang Melayu yang tidak sama dengan Cina, atau Iban, atau Kadazan, atau Murut, atau Dusun. Bila kita pegang pemerintahan, semua hal ini harus dipertimbangkan. Bukan sahaja oleh kita, tapi juga rakan-rakan lain.

Sama orang di Kelantan, di Sabah, di Sarawak, Negeri Sembilan dan Melaka. Sebab itu, jangan gopoh, itu harus dihadam. Kerana ulasan berikutnya, sepertimana pengharaman arak oleh Rasulullah SAW. Pengharaman arak itu pun berperingkat. Kerana jawab Saidina Umar Ibn Abd Aziz, keutamaan beliau apa? Kestabilan, keselamatan. Ataupun national security has become the main priority. Kita boleh gedas, pecahkan tembok-tembok penghalang, tetapi tak jamin kestabilan politik dan keselamatan negara. Jadi saya harap rakan-rakan yang menuntut perubahan, silakan, tetapi terima kenyataan bahawa perubahan telah dilakukan. Kita boleh senaraikan umpamanya keberanian reformasi MADANI. Apa dia? Pindaan. 60 tahun sebelumnya, hal-hal yang patut dilakukan, tidak dilakukan. Jadi, kalaupun kita menegur, menggesa,mendesak, jangan memadamkan kenyataan yang telah dilakukan. Apa dia? Pindaan Akta Audit, Akta Perkhidmatan Parlimen, Akta Iltizam Kecekapan, Reformasi Birokrasi, Pembanteraan Rasuah Nasional, Pasukan STAR, Kerangka Ekonomi, Akta FRA, dan senarai yang sepenuhnya.

PUTERA 35 yang juga menyentuh kepentingan bumiputera, Akta Kredit, pekerja gig dan lain-lain. Apakah sudah selesai? Tidak. Maknanya, walaupun merdeka di Tanah Melayu ini hampir 7 dekad, ada ratusan perubahan yang harus dilakukan. Dalam tiga (3) tahun, ada yang mengandaikan semuanya harus dilakukan sekarang. Kalau tanya mereka, apa yang harus kamu bantu untuk memastikan perubahan itu berlaku? Dia jawab, tidak. Selain daripada kenyataan media, berkala.

Kita juga akui saudara-saudara, saya tidak pertahankan semua yang kita lakukan, saya akui dan saya akan singgung hal itu. Umpamanya sekarang, siapa boleh jangka kita unjurkan harga minyak petrol untuk tahun 2026, USD70 satu tong. Awal tahun mencecah hingga USD114 satu tong. Kalau saudara tahu basic economics, saudara tahu seluruh unjuran itu harus dikaji semula.

Tapi Malaysia masih berkeras, kerana kita mahu memenuhi reformasi, kita tidak mahu perubahan dan kerangka ekonomi itu membebankan rakyat. Maka dalam keadaan harga minyak melambung, Malaysia adalah satu-satu negara yang sanggup hadapi risiko dengan menurunkan harga petrol. Ini yang dikatakan menongkah arus. Apa selesai masalah? Tidak. Masih banyak yang belum dirangka. Tapi saya hanya sebut disini sebahagian daripada apa yang kita lakukan, dan harus diteruskan sehingga kita dapat capai prestasi yang baik.

Kita lihat alhamdulillah, dengan kejayaan-kejayaan ini tidak akan bermakna. Ada orang kata,

“Anwar jangan lihat angka yang mengkhayalkan, pertumbuhan, pelaburan.” Betul kita harus lihat, tapi itu tidak harus mengkhayalkan kita kerana angka sebenarnya itu di bawah. Sebab itu, saudara-saudara lantik, setuju angkat saya sebagai Perdana Menteri, sebagai Perdana Menteri, saya masih cuba jejak ke bumi nyata. Tiap hari Jumaat, sebelum solat Jumaat saya tidak ke hotel 5 bintang untuk makan, saya ke gerai, warung untuk bersama rakyat. Dan tiap majlis saya tanya, berapa harga bawang? berapa harga sayur? berapa kos sara hidup? hampir semuanya mengatakan barangan terkawal tetapi hampir semua mengakui kos cara hidup meningkat.

Saya tidak nafikan itu. Kita belajar dari mereka, dari pakar ekonomi, ya. Dari para analisis, pengkritik, ya. Tetapi lebih banyak dari melihat langsung rakan-rakan keluarga yang terpaksa membanting tulang untuk hidup. Tapi sepertimana saya dan saudara Mat ke kawasan MADA, ke ladang, ke desa. Sebab itulah maka, kita telah tingkatkan bantuan SARA, STR, RM15 bilion ringgit setahun. Jualan Rahmah MADANI setiap minggu di semua DUN. Gaji penjawat awam yang tertangguh 12 tahun.

Dia kalau tidak ada semangat, dorongan dari dhamir hati-hati nurani kita, melihat rakan-rakan kita penjawat awam yang bekerja bertungkus-lumus yang kita dah lihat dan dengar hanya yang kritik. Tapi kita tidak tahu negara ini bertapak dan tegak, banyak juga kerana sumbangan penjawat awam. Tapi dengan kos sara hidupnya meningkat, anak bertambah, sewa rumah meningkat, gaji tidak. Sebab itu, di antara keutamaan kita adalah mengkaji semula sistem gaji, gaji penjawat awam. Sebab itu minima naik sampai 15-20%, dan peruntukkan untuk tahun ini sahaja tambahan RM18 bilion ringgit. Kalau dia di GLC, GLICs minima RM3100 ringgit. Ini agenda reformasi.

Jadi rakan-rakan, saudara-saudara, sementara menegur dan mengkritik, silakan termasuk wanita di AMK, silakan. Tapi, harus jejak, tidak dilakukan sebelumnya. Jadi, saya harap ada dorongan untuk memperbaiki. Tetapi di samping itu, harus terima kenyataan tentang keterbatasan kita. Saidina Ali bin Abi Talib R.A, pernah menegaskan kadang-kadang dasar pencerahan di antara dasar dan reformasi apa? Ini mesti menguasai ilmu. Kalau Saidina Ali tingkat ilmunya tentulah tinggi lazzatul ma'arifah, tapi kata Saidina Ali bin Abi Talib R.A, manusia ni kadang-kadang musuh kepada apa yang dia tidak tahu, sebab itu tugas kita menyampaikan.

Jadi ada yang mengeluh katanya, “oh, ini kisah duka Johor, Negeri Sembilan. ” Saya jawab, “betul, jangan salahkan yang lain, memang betul”. Politik, pelbagai tafsiran, teori ada, tapi saya tidak nafikan satu hal, prestasi ekonomi baik, semua angka-angka ekonomi menakjubkan, termasuk yang terakhir. Bayangkan Malaysia dalam pengumuman Bank Negara semalam, unjuran terbaik kita 5% atau 5.8%, tetapi unjurannya 6% untuk suku tahun ini. Bayangkan, tetapi dia tidak dapat menangkap jiwa memenangi jiwa rakyat. Bukan salah ibu mengandung, salah kita kerana kurang pintar menyampaikan, dan mungkin ada hal-hal yang belum disempurnakan.

Saya hari ini jadi Presiden dan Perdana Menteri. Jadi saya nak sebut di sini, pertama saya terima mesej yang jelas. Betul, kita lakukan tapi tidak jelaskan. Masih ada di Kelantan, orang mengatakan Kelantan dianak tirikan. Masih kadang-kadang, ada teguran di Sabah bahawa seolah-olah kita ini langsung tidak mempedulikan. Jangan salah mereka, harus walaupun kita tahu ada yang kadang-kadang niatnya tidak begitu baik, tetapi kita harus senaraikan. Saya terima kasih untuk Datuk Seri Hajiji ada di sini, dia tahu perbelanjaan untuk Sabah itu sejak kita ambil alih kerajaan dalam tiga tahun, naik 35%.

Saudara-saudara biasa dengan berpuluh, berapa banyak kerajaan negeri dan persekutuan sebelum itu, ada suara kan? Tidak, berapa? RM13 bilion 2022, RM 17.6 bilion ringgit untuk 2026. Begitu juga Sarawak, Kedah, Kelantan RM9.7 bilion. Terengganu dari RM6 naik RM8 bilion, Perlis, Johor dan ya, berikutnya. Johor saya sebut, daripada RM10.2, naik RM14.6. Negeri Sembilan dari RM4.4 naik RM6 bilion, tapi kalah parah juga. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung, salah kita lemah. Pertama, menyampaikan dan komunikasi yang berkesan. Kedua, untuk memahami suara dan derita mereka di

Jadi, tapi masih kita dengar di Parlimen, ada ahli Parlimen pembangkang masih menyatakan kita dianaktirikan. Ada di Kelantan, ahli parlimen, nak kata tak terdidik, ada PhD. Kadang-kadang saya pun heran PhD dari mana? Katanya, “ambil dan kaut cukai dari negeri kami, tetapi tidak berikan pulangan yang adil, bagi sedikit saja”. Saya rasa, sekali lagi, keperluan kita untuk menyampaikan.

Tapi untuk rakan-rakan Sabah dan Sarawak, saya nak sebut, apa pun kelemahan kita, inilah parti dan inilah kerajaan pertama kali dalam sejarah yang tidak melihat tuntutan Sabah dan Sarawak itu sebagai tuntutan sampingan. It is in the National agenda and if we want to succeed as a country, then Sabah and Sarawak must be part of the nation-building program.

Bagi tahu saya, pimpinan parti mana yang berteras di Semenanjung yang bicara tentang itu? yang menyatakan ini sebagai a national agenda? Malaysia mampu berhasil, kalau kita rangkul kekuatan bersama. Bila merdeka, Malaysia bersama Sabah, Sarawak, 1963, semua pemimpin-pemimpin besar kita, pada saat itu diketuai oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tahu bahawa Sabah, Sarawak itu mungkin 20–30 tahun ke belakang. Kalau mahu mereka itu sejajar, diangkat bersama kita, peruntukan harus ditambah. Permasalahan mereka harus lebih diteliti.

Tidak sebagai sebahagian daripada peraturan- peraturan, percaturan negeri, tetapi permasalahan khas. Dan itu yang kita lakukan. Dan saya akui, dalam memenuhi hasrat MA63, masih ada ruang untuk kita perbaiki dan tingkatkan. Malahan untuk Sarawak khususnya, dalam soal PETROS-PETRONAS, saya sering berunding dengan Premier Abang Johari, saya menyatakan, dari segi dasar kita, harus ada kesediaan Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS untuk melihat supaya ada keselesaan untuk bekerjasama yang kukuh di antara PETRONAS dan PETROS untuk maju ke depan.

 Jadi saya nak tegaskan sekali lagi dari segi dasar, parti ini tidak pernah bicara soal MA63 dan Sabah-Sarawak itu hanya di Sabah-Sarawak. It has become, sudah jadi, it’s a national agenda. And I believe, truly, if we want to succeed as a nation, we must be prepared to accept the fact that Peninsular Malaya must work together, hand in hand, with Sabah and Sarawak we have to progress together.

Apakah ini bermakna undi bertambah di semenanjung? No. Umumnya, semenanjung tidak ambil perkiraan. Apa pun kita bantu Sabah dan Sarawak, tidak akan meningkatkan dukungan kita di semenanjung, tetapi, ini pilihan kita. Pilihan kita is to do the right thing, although we may not garner enough votes in that process. And the right thing is justice for all and development for all, every single state in this country.

Baik, saudara-saudara. Dalam bicara begitu, kita juga terpaksa berdepan dengan beberapa masalah baharu. Baru-baru ini, riuh soal Tabung Haji. Bukan perkara baharu. RCI itu, sebelum saya jadi Perdana Menteri. Laporan siap pun, sebelum saya jadi Perdana Menteri. Jadi salah saya apa? Salah juga. Salah saya kerana mengapa tak dedahkan awal. Saya dah terangkan. Kalau tanya saya, saya pilih untuk dedah awal. Tapi Tabung Haji menyatakan kalau dedah awal, risiko bagi Tabung Haji. Kerana Tabung Haji itu mesti buktikan kepada rakyat, ini yang kecelaruan amalan menyakau. Ada orang tidak suka istilah sakau. Saya nak ulang di Melaka, memang ada sakau dalam Tabung Haji. RM12 bilion hilang, bukan sakau? Memang ada. Dan harus ingat, bila kita ambil keputusan untuk mendedahkan laporan itu, keputusan Jemaah Menteri. Tidak ada seorang pun yang membantah keputusan Ahli Jemaah Menteri untuk mendedahkan. Malah ada yang mencadangkan, jangan hentikan sehingga tahun 2020, sambung. Dan saya jawab, ya, sambung. Dan kita dedahkan. Tapi rupa-rupanya, ada yang gerun untuk dibahaskan secara terbuka dan lari dari Parlimen. Kerana patutnya Perdana Menteri harus menangguhkan pembedahan perutnya.

Saudara, RCI selama ini berkali-kali dibentangkan di Parlimen. Tidak oleh Perdana Menteri, oleh Menteri yang berkenaan. Dan saya ucap tahniah kepada YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri Agama, dan Menteri Kewangan Kedua yang membentangkan dengan memuaskan. Dan belum selesai. Dan sepertimana saya umumkan, siasat bukan urusan saya. Badan penguatkuasaan. Tindakan, badan penguatkuasaan. Proses pengadilan, badan kehakiman dan hukuman. Tapi percayalah, arahan saya jelas, siapa yang bertindak melanggar peraturan, mencuri harta dan amanah rakyat, termasuk orang Islam, yang terpaksa dibayar oleh seluruh rakyat. Faham? Yang menyakau itu, beberapa kalangan, yang terpaksa membayar seluruh rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan terpaksa bayar kerana kerakusan dan penipuan mereka. Maka, arahan dikeluarkan, ambil tindakan setegas mungkin!

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Baginda Yang di-Pertuan Agong minggu lalu, memaklumkan kepada saya,“Perdana Menteri, jangan berakhir dengan Tabung Haji sahaja. Teruskan.” Tuanku betul-betul tanya saya,“siapa jaga FELDA sekarang?” Saya kata, “saya.” Baik. Maka, selesai Tabung Haji, bongkar FELDA.

Bukan hukum sebelum kita ada kepastian. Ada juga masalah kita. Kita terus menuding jari, jangan. Biar badan penguatkuasaan siasat secara profesional, bertindak secara profesional. Tapi sebagai orang yang bertanggungjawab, saya hanya boleh menyatakan, jangan berlengah, jangan bertolak ansur, jangan kira parti mana, jawatan mana, kaum mana. Salah menyakau, tangkap dan dakwa mereka.

Ada orang, kononnya kalangan elit yang pintar, terus menyatakan, “Eh, jangan, nampaknya Perdana Menteri sekarang terdesak dan sekarang nampak seolah-olah berdendam mengambil tindakan.” Saudara, 1MDB itu tindakan lama sebelum saya, tapi tindakan diambil. Beberapa kes-kes besar lain, profil tinggi, juga diteruskan. Jadi kata mereka, kalau ambil tindakan, namanya dendam. Tak ambil tindakan, namanya kompromi dan lembap. Kamu bicaralah apa pun. Saya nak jawab di sini, dalam Kongres Keadilan di Melaka ini,menyatakan bahawa proses tindakan lebih tegas bermula sekarang. Arahan tindakan tangkap urusan polis, penjara urusan hakim. Terima kasih.

Selain daripada itu, saya nak jelaskan, ya kerana dah mula, mula dah, dengar sekarang ini, orang-orang pintar kononnya ini, cuma penuh dengan hipokrasi. What hypocrisy is this? We don't take action, you see, we don't have the political will to act. And you say, why delay? You take action, you say you have the axe to grind. So, what do we do? My reply, my answer is clear, definitely. We will do the right thing. Now there is political stability, thank you. And there is this renewed commitment. And therefore, we will have to save this nation. How do we save the nation? Stop the crooks from squandering money from public purse. Bagaimana harus kita selamatkan negara ini? Hentikan amalan menyakau ini. Ambil sahaja agensi, ambil sahaja cara kontrak, sebab itu kita tidak popular, betul?

Saudara bayangkan, nak betulkan proses tender, tidak popular. Nak hentikan amalan-amalan pengagihan kekayaan yang berlebihan kepada orang-orang tertentu, itu tidak popular. Tidak pernah disiarkan, tidak pernah disebarkan, tidak pernah dijadi bahan perbahasan di parlimen oleh pembangkang, tidak. Tidak ada satu ucapan penghargaan kepada usaha membaiki tata kelola.

Tapi saudara, memang saya akui, rakan-rakan yang mengeluh pun banyak, mengapa ambil masa? Saya kata, bagi saya keutamaan seperti nasihat Umar Ibn Aziz, jamin stabil politik, jamin negara selamat, jamin ekonomi meningkat, tiga (3) tahun saya fikir sudah terjamin. Politik stabil, negara agak keselamatan terjamin dan ekonomi kian melonjak. Sekarang, teruskan dengan lebih tegas agenda reformasi.

Dan beberapa hal yang tertangguh, reformasi pendidikan yang kita lakukan. Kemasukan anak-anak di peringkat awal, bahan TVET dan STEM secara lebih teratur, pengambilalihan prasekolah untuk semua anak- anak kita. Kita tidak mahu prasekolah itu hanya bagi kalangan elit di bandar, dan kelas dua bagi anak-anak di pedalaman dan desa. Maka, sudah menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan.

 Anak-anak mahasiswa merasakan mereka harus lebih bebas. Kita dah bebaskan dengan beberapa pindaan Akta Universiti dan Kolej. Ada yang tidak puas hati, mereka mengemukakan memo. Maka pada hari ini saya nak umumkan, kita akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Saudara, saya sebut tadi, ada masa pasang surut. Dan saya terima teguran. Saya sebagai Presiden Keadilan akui, apapun hebat senarai dan urutan kejayaan kita perubahan sistem, tatakelola, ekonomi, tetapi masih ada kelompongan, tidak memenuhi hasrat rakyat terutama dalam beberapa hal termasuk saya katakan tadi, kos sara hidup, harga barang dan kemudahan pendidikan, kesihatan rakyat. Saya akan cuba tangani dengan baik dalam masa singkat.

Tetapi, saya nak gesa kepada rakan-rakan terutama anak-anak muda, ‘Wa lā tahinū wa lā tahzanū wa antumul-a‘launa in kuntum mu’minīn’. Jangan kita rasa lemah atau dukacita. Selagi kita teguh dengan pendirian dan beriman, Allah akan angkat darjat kita. Jadi, kita harus faham amanah itu yang kita pikul, jangan kita khianati dan sia-siakan.

Timbalan Presiden dalam ucapannya, berikan fokus kapan MADANI yang saya umumkan kali pertama di Festival Istiqlal di Jakarta, dan beliau beri fokus kepada isu amanah. Jangan andaikan kerana laungan kita itu reformasi, laungan kita itu ketelusan, kita semestinya layak. Harus ada usaha perbaiki.

Islah itu bermula pada diri. Ibda' bi nafsika, mula perubahan itu dari diri. Sebab itu, program latihan, pencernaan, kefahaman, membaiki akhlak itu mesti sentiasa menjadi tonggak dalam agenda reformasi. Ini bukan parti politik biasa. Parti politik biasa itu, nawaitu-nya itu kekuasaan. Fokusnya itu kekuasaan. Pilihan raya bagaimana mahu menang. Tapi kalau parti perjuangan dan parti reform dan islah, fokusnya itu perubahan.

Fokus itu mengangkat martabat, darjat, harakat manusia. Fokusnya itu, fokus nilai kemanusiaan, karamah insaniah. Karamah insaniah itu bukan mengikut program parti dalam erti kata biasa dalam agenda pilihan raya. Dalam pemahaman konvensional dia mesti berakar kepada nilai. Dan ini bedanya MADANI dengan program pembangunan biasa. MADANI menuntut kita memahami, menghadam nilai dan prinsip akhlak. Selain daripada IT dan AI, dan semua yang baru yang mahu kita kuasai.

Dan kepada anak-anak muda, baru-baru ini saya ke Petaling Jaya, Himpunan Gen Z, Gen Z. Wah, luar biasa semangat! Maknanya, kalau mesej kita itu jelas, dia tidak ada disconnect. Jadi sebab itu, saya alu-alukan penyertaan mereka. Pertama, otai-otai yang kadang-kadang, yalah biasa. Sila kembali. Rakan-rakan saya yang lain, yang mungkin rasa sedikit terpinggir. Kalau ada apa-apa kesilapan kita, saya mohon maaf. Kembalilah pada landasan perjuangan kita. Dan saya nak rangkul parti-parti, NGO, badan-badan dakwah Islam, badan-badan kebajikan kita rangkul.

Saudara, ini bukan soal parti, ini soal negara. Saya rumuskan, parti mana yang berteras di semenanjung, yang bicara soal Sabah, Sarawak, seperti Keadilan? Parti mana yang bicara soal perubahan, tapi masih terapkan keperluan untuk merangkul semua kekuatan.

Parti mana yang walaupun terasnya Melayu, merasakan jangan sekali-kali hina anak-anak dari mana-mana kaum. Anak Cina, anak India, anak Iban, anak Orang Asli, anak Kadazan, mesti jadi anak kita. Saya dicemuh berulang kali dalam media sosial. “ini Anwar bukan pejuang Melayu tulen.” Dia dianggap anak Cina, anak India. Saya nak jawab dengan berani, ya, kalau mahu pimpin negara ini, dan saya dalam barisan pimpinan mengatakan, memang anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Iban, Kadazan anak saya. Malaysia..... “Membujur lalu melintang patah, Lawan tetap lawan”.

Baik saudara, saya katakan kita harus dengar. Sepanjang hari-hari ini dan esok, gelanggang untuk anak muda, wanita, wakil-wakil, cabang untuk melontarkan pandangan mereka. Saudara, saya akan dengar, saya akan catat, saya akan ulas esok. Mana yang saya rasa boleh saya bertindak dan ambil langkah segera, saya umumkan esok. Selainnya, insya-Allah. Kerana semua orang mengatakan, semua pimpinan mengatakan, yes, we listen,you listen to who. Dengar hati nurani, dengar keluhan. Sebab itu, saya tidak gunakan peluang ini untuk berleter dan ‘bergegey’ kata orang Kelantan. Isu orang ini tak sokong, ini tak sokong, ini isu kaum, ini isu wilayah, ini isu. Saya kata no, look inside. Muhasabah.

Yes, we have achieved successes. We have been given international recognition, respect. Last year was a great year for Malaysia with ASEAN. We have ASEAN as a formidable force. Thank them. We have China as a great friend. We continue to trade and become engaged with the United States, the Middle East, India. I mean, it's a great experience.

But is that sufficient? No. Why? We're not able to connect effectively with our masses. We need to do that. How do we do that? Leaders, including those on stage. You are Ministers. It does not mean necessarily that you are the best. You are deputy ministers. Having all these positions, it is a challenge. Listen. Make the necessary adjustments. My strong advice to my colleagues upstairs on the stage: listen. Listen and be prepared to change, not listen in order to respond and lecture. I want to hear tomorrow our leaders listen and respond. This is the Reform Party.

Jadi, saya harap esok setelah kita dengar hari ini dan esok, kita dengar dan kita jawab. Pertama, saya akanjawab, sebahagiannya yang tidak mampu, apa yang kita dapat lakukan. Kekurangan dari segi dasar, dalaman parti, dalam Pakatan Harapan, dalam kerajaan perpaduan dan dalam program-program negara. Dan keduanya, menjelang kemerdekaan, pada 30 Ogos, saya akan sampaikan pandangan sebelum hari keramat 31 Ogos, Hari Kemerdekaan. Dan menjelang 16 September, Hari Malaysia yang akan diadakan di Kuching, Sarawak, anjuran Premier Abang Jo di Sarawak. Dan berikutnya, saya akan cuba rumuskan beberapa perubahan yang mendesak, yang perlu dilakukan pada belanjawan bulan Oktober. Terus saya ada tiga acara ini. Insya-Allah, kita akan lakukan sebaiknya. Maknanya kita akan dengar, dengar, dengar dan cuba laksanakan.

Saudara saudari yang dihormati sekalian, is a great congress. Biasanya, kongres setelah permasalahan berlaku, itu ruang untuk kita berduka. Saya tidak. Saya anggap ini sebagai satu pengajaran. Ia ada kekuatan, ia banyak kelemahan. Percaya kepada orang, khianat di tengah-tengah jalan. Semua itu berlaku. Dan kita harus belajar daripada pengalaman itu.

Jadi, apa pun yang akan berlaku, jangan lupa. Prinsip kita, kita runding betul, “wa syawirhum fil-amri”, tapi kita mesti ambil keputusan yang tekad. Saya dah umumkan sebahagiannya, “Fa iżā 'azamta, fa tawakkal 'alallāh”, sudah ambil keputusan. Membujur lalu melintang patah!

“Fa tawakkal 'alallāh”. Kerana kita yakin. "Innallaha yuhibbul mutawakilin”

.Membujur lalu melintang patah!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anwar Ibrahim
Presiden KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up