Carian
August 27, 2022

Pelantikan Ketua-ketua AMK Negeri

1. Angkatan Muda Keadilan komited untuk memperkukuh organisasi di segenap peringkat bagi menyediakan lapisan kepimpinan yang fokus mengangkat agenda rakyat serta kesiapsiagaan dalam mendepani Pilihan Raya ke 15.

2. Sehubungan itu, selaras dengan perkara 12.4, Peraturan Tetap Angkatan Muda Keadilan setelah melalui proses rundingan bersama Ketua-ketua Angkatan Muda Keadilan di peringkat cabang dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, keputusan melantik Ketua-ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri yang baharu telah pun dimuktamadkan sesuai dengan kuasa dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

3. Pelbagai pertimbangan telah diambil sebelum keputusan ini dicapai. Kepentingan yang diletakkan dalam mencapai keputusan berikut disandarkan kepada keupayaan untuk memimpin, keyakinan dan sokongan dari segenap lapisan kepimpinan dan akar umbi, serta kesediaan dan komitmen untuk memperkukuh kesatuan dan kebersamaan dalam kalangan Angkatan Muda Keadilan.

4. Senarai Ketua-ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri adalah sepertimana berikut:

PERLIS : RASKHAIRULIMRAN BIN RASZALI
KEDAH : MOHAMMED TAUFIQ BIN JOHARI
PULAU PINANG : MUHAMMAD FADZLI BIN ROSLAN
PERAK : ZA'IM SIDQI BIN ZULKIFLY
SELANGOR : MUHAMMAD IZUAN BIN AHMAD KASIM
WILAYAH PERSEKUTUAN : MOHAMMAD AZFAR AZA BIN AZHAR
NEGERI SEMBILAN : MOHAMAD AFIF BIN ANUAR
MELAKA : MUHAMMAD RIDHUAN BIN ABU SAMAH
JOHOR : MOHAMAD TAUFIQ BIN ISMAIL
PAHANG : CHAN CHUN KUANG
TERENGGANU : MD ASYRAF ZULFADHLY BIN MD ZAINUDIN
KELANTAN : MOHAMAD EZZAT ZAHRIM BIN MOHD HANUZI
SABAH : ZAIDI BIN JATIL
SARAWAK : CHIEW CHOON MAN

5. Diharapkan agar setiap yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan adil, saksama, dan berkesan. Saya juga menyeru segenap rakan-rakan Angkatan Muda Keadilan untuk memberi sokongan dan kerjasama yang baik buat kepimpinan negeri yang baharu diumum. Fokus kita haruslah tidak terpesong dari tanggungjawab mempersiap kekuatan kita dalam berhadapan Pilihan Raya ke 15 yang bakal menjelang.

ADAM ADLI ABD HALIM
Ketua Angkatan Muda Keadilan

Related Posts
crossmenuchevron-up