Carian
September 28, 2021

Purata Pendapatan Isi Rumah RM 10,000: Tiada Makna Jika Kadar Kemiskinan Terus Meningkat

1. Antara beberapa pembaharuan yang dilaksanakan menerusi pelan pembangunan menyeluruh RMKe-12 oleh Perdana Menteri, Malaysia akan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik, dengan purata pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak RM 10,000 sebulan pada 2025.

2. Walaubagaimanapun, senario sebenar pendapatan purata isi rumah rakyat Malaysia pada 2021 terus merosot dengan pelbagai faktor. Kadar peratus terakhir diperoleh adalah 10 peratus menyusut bagi pendapatan purata isi rumah pada 2020.

3. Dengan dampak covid 19 , saya menyarankan agar pentadbiran YAB Ismail Sabri untuk memfokuskan survival rakyat berbanding cuba untuk memberi gambaran tidak tepat keadaan sebenar apa yang berlaku dalam negara.

4. Sebagai contoh, kadar kemiskinan terus meningkat.Dianggarkan bilangan isi rumah miskin meningkat kepada 639,800 isi rumah, berbanding 405,400 isi rumah pada 2019.

5. Keadaan menjadi lebih teruk dengan statistik terbaru yang diperoleh, apabila lebih 600,000 dikalangan M40 telah tergelincir menjadi B40.Lebih merisaukan tren ini makin meningkat.

6. Banyak lagi perkara yang boleh diberi perhatian oleh kerajaan termasuk isu pengangguran mahasiswa, rakyat yang hilang pekerjaan dan juga menyelesaikan isu gaji minimum.

7. Saya berpandangan bahawa, data purata pendapatan isi rumah tidak lagi boleh menjadi indikator untuk mengukur tahap kesejahteraan ekonomi penduduk.

8. Saya melahirkan kebimbangan, jika pendapatan isi rumah ini menjadi ukuran ekonomi , kesenjangan antara yang kaya dan miskin terus melebar jika kerajaan gagal mengurus isu- isu asas rakyat yang mendasar.

Aizuddin Ariffin
Ketua Penerangan AMK Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up