Carian
August 16, 2021

AMK Menerima Baik Muhyiddin Letak Jawatan

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menerima baik pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah akhirnya meletak jawatan Perdana Menteri.

AMK konsisten menolak kerajaan yang terbentuk melalui pengkhianatan mandat rakyat dan hari ini terbukti kerajaan ‘scheme of things’ hanya mampu bertahan selama 17 bulan.

Ketidak cekapan Menteri-Menteri serta perebutan kuasa kelompok Perikatan Nasional menyebabkan negara gagal menangani krisis pandemik serta krisis ekonomi dengan baik.

Mereka yang telah meninggal dunia akibat Covid-19 telah pergi selama-lamanya.

Sistem kesihatan yang hampir lumpuh kerana kekurangan sumber dan tenaga.

Mereka yang hilang pendapatan atau pekerjaan tidak tahu masa depan mata pencarian.

Anak-anak kita terpaksa melalui sistem pendidikan yang tiada hala tuju.

Bantuan-bantuan Rakyat yang tidak mencukupi dan pemulihan ekonomi yang samar serta pelbagai cabaran yang kita hadapi ketika ini.

Sesungguhnya perlantikan Perdana Menteri yang baru akan berpandukan kepada Perkara 40 (2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan seperti mana yang dinyatakan dalam kenyataan Istana Negara hari ini.

Sama-sama kita doakan agar ini membolehkan perubahan ke arah yang lebih baik buat negara yang tercinta.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua AMK Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up