Carian
January 17, 2022

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Harus Bincang Bantahan Azam Baki Untuk Memberi Keterangan

Isu krisis SPRM mendedahkan bukan hanya kepincangan semak dan imbang terhadap suruhanjaya tersebut, tetapi mendedahkan kelemahan institusi lain yang sepatutnya bebas dan berperanan seperti Parlimen.

Parlimen sewajarnya melaksanakan tanggungjawab sebagai legislatif, namun kini dilihat gagal apabila Jawatankuasa Pilhan Khas Parlimen (PSC) terpaksa ditangguhkan kerana bantahan bertulis daripada saksi yang dipanggil iaitu Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Jika Parlimen menerima bantahan untuk menangguhkan PSC tanpa menunggu prosiding untuk membincangkan alasan2 tersebut sebelum keputusan dibuat, ini dilihat sebagai jenaka kepada badan legislatif dan bahawa isu ini akan mengundang kepada darurat integriti.

Sebagai salah satu daripada tiga cabang kuasa (selain itu adalah eksekutif dan kehakiman), Parlimen sepatutnya berhak menjalankan prosiding bagi merungkai permasalahan yang melibatkan kepentingan orang ramai terutamanya dalam isu ketelusan dan integriti.

Bagi pihak AMK, kami akan meneruskan penyerahan Memorandum Rakyat pada hari Khamis, 20 Januari 2022 di hadapan Parlimen Malaysia kepada YAB Perdana Menteri, YB Speaker dan YB Ketua Pembangkang.

Akmal Nasir
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua AMK Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up