Carian
September 28, 2021

Membazir Rm30juta Untuk Kemewahan Kediaman PM Mengkhianati Pengorbanan Rakyat

Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat terkilan akan projek ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana yang dikatakan membabitkan kos sebanyak RM30 juta.

Pada Jun lalu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memaklumkan penjawat awam bakal menyumbang imbuhan dinikmati mereka selama tiga bulan kepada Akaun
Amanah Bencana yang dianggarkan berjumlah RM30 juta.

Dimaklumkan ia sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam membantu kerajaan mendepani Covid-19 yang serius ketika ini.

Dalam keadaan negara berdepan dengan krisis pandemik dan krisis ekonomi sehingga memaksa penjawat awam menyumbang imbuhan milik mereka, adalah tidak patut kerajaan
membazirkan sehingga Rm30juta untuk menaik taraf kediaman Perdana Menteri hanya untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu-tetamu utama negara semasa program-program rasmi Perdana Menteri.

Peruntukan RM30 juta tersebut sepatutnya digunakan bagi memperkukuhkan sektor kesihatan mahupun membantu rakyat yang terkesan dari segi ekonomi.

Ini bukanlah masa sesuai untuk melakukan pembaziran demi kemewahan kediaman Perdana Menteri. Selain untuk kegunaan memerangi Covid-19, dana ini juga boleh digunakan bagi membaik pulih rumah mangsa-mangsa banjir yang rosak dan bukannya membaik pulih kediaman Perdana Menteri yang serba mewah.

Rakyat sedang berkorban termasuk memberi hasil titik peluh mereka untuk dimanfaatkan kerajaan dalam memerangi Covid-19. Membazir Rm30juta untuk kemewahan kediaman
seolah mengkhianati pengorbanan rakyat.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua AMK Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up