December 4, 2024

AMK Dan Khidmat Malaysia Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Kelantan

Melihat kepada situasi banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia, khususnya di Kelantan yang paling teruk terjejas, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengambil inisiatif segera untuk membantu mangsa-mangsa yang terkesan.

Semalam, AMK telah menyerahkan bantuan kepada pasukan KHIDMAT untuk dihantar terus ke kawasan terjejas. Bantuan tersebut merangkumi empat buah bot β€˜Rapid Water Rescue’, bekalan makanan, keperluan perubatan, barangan harian, serta kekuatan jentera untuk operasi menyelamat dan penghantaran.

Alhamdulillah, walaupun berdepan kekangan seperti kesediaan stok dan cabaran logistik, pembelian bot-bot baharu ini dapat dilaksanakan segera. Konvoi AMK dan KHIDMAT yang membawa barangan bantuan ini akan bergerak ke Kelantan mulai malam ini bagi memastikan bantuan dapat sampai tepat pada masanya.

AMK sentiasa peka terhadap keperluan-keperluan segera di lapangan, termasuk keperluan jentera untuk menghantar bekalan ke kampung-kampung yang terputus hubungan serta membantu pemindahan penduduk ke Pusat Pemindahan Sementara.

InsyaAllah, AMK komited untuk terus mempertingkatkan usaha membantu mangsa banjir, bukan hanya semasa bencana tetapi juga dalam persiapan pasca banjir. Semoga semua usaha ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan.

KAMIL MUNIM
TIMBALAN KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

Related Posts
π€πŒπŠ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ‘πˆππ’πˆπ πŠπ„π“π„π‹π”π’π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„ππ„ππ“πˆππ†π€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Saya mengambil maklum perkembangan melibatkan Saudara Kamil Munim berhubung kenyataan beliau y...
Ketahui Lebih Lanjut
ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π π‘πˆππ†π†πˆπ“ ππ”πŠπ“πˆ πŠπ„π˜π€πŠπˆππ€π πƒπ”ππˆπ€ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π„πŠπŽππŽπŒπˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€
AngkatanΒ MudaΒ KEADILANΒ (AMK)Β MalaysiaΒ menyambutΒ baikΒ perkembanganΒ positifΒ prestasiΒ m...
Ketahui Lebih Lanjut
crossmenuchevron-up