June 6, 2025

Biro Politik Angkatan Muda KEADILAN Sesi 2025/2028

Biro Politik Angkatan Muda KEADILAN telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 26 Mei 2025 dan turut mengadakan siri perbincangan lanjutan terkait urusan memantapkan organisasi Angkatan Muda KEADILAN sesi 2025/2028.

Beberapa perkara yang diangkat dalam siri perbincangan ini antaranya melibatkan soal penumpuan kepada hala tuju dasar pasca pemilihan, khususnya melibatkan pembangunan anak muda, reformasi institusi dan pentadbiran.

Seterusnya, perbincangan menyentuh persiapan menghadapi PRN Sabah yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat. Fokus AMK kini tertumpu kepada persediaan jentera, strategi, dan pengukuhan sokongan akar umbi.

Pertemuan bersama Ketua-Ketua AMK Cabang Sabah turut dihadiri sendiri oleh Saudara Kamil Munim, Ketua AMK; Saudara Izuan Kasim, Timbalan Ketua; serta Naib-Naib Ketua.

Bagi memastikan penyelarasan dan kesinambungan gerak kerja, Biro Politik AMK memutuskan beberapa jawatan diisi terlebih dahulu sebelum pelantikan penuh kepimpinan AMK sesi 2025/2028 dimuktamadkan.

Berikut merupakan senarai yang dilantik:

●Pengarah Pilihan Raya - Saudara Izuan Kasim
●Setiausaha - Saudara Omar Mokhtar A Manap
●⁠⁠ Bendahari - Saudara Hilmy Yakap
●Ketua AMK Sabah - Saudara Zaidi Jatil
●Timbalan Ketua AMK Sabah - Saudara Vincent Fung (Turut menjalankan tanggungjawab sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya AMK Sabah)

Semua lantikan ini akan meneruskan tugas sehingga pelantikan rasmi kepimpinan baharu oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

BIRO POLITIK ANGKATAN MUDA KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up