September 30, 2024

Kemenangan PRK Mahkota Bukti Kejayaan Kerjasama Kerajaan Perpaduan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) ingin mengucapkan tahniah kepada Syed Hussein Syed Abdullah atas kejayaan memenangi PRK DUN Mahkota dengan majoriti besar sebanyak 20,648 undi.

Kemenangan ini membuktikan bahawa kerjasama yang jitu dalam kalangan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan merupakan kunci kekuatan kita semua. Hal ini selari dengan kenyataan Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, yang menyatakan bahawa kemenangan memberangsangkan ini tidak mungkin dicapai sekiranya mana-mana gabungan bergerak secara bersendirian.

Setiap gabungan dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai segmen dan sasaran yang berbeza. Oleh itu, menjadi keutamaan buat kita semua untuk saling bekerjasama dalam meyakinkan akar umbi parti masing-masing untuk menerima dinamik politik baharu ini. Segala perbezaan pandangan hendaklah diselesaikan secara baik dan damai. Berbeza pandangan tidak bermakna berpecah.

AMK juga ingin mengajak Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, supaya berpijak di bumi nyata dan tidak bersikap angkuh dengan terus menolak sebarang bentuk kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Johor. Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan boleh menawarkan keuntungan bersama sekiranya kita benar-benar serius dalam kerjasama ini.

NABIL HALIMI
KETUA PENERANGAN ANGKATAN MUDA KEADILAN

Related Posts
π€πŒπŠ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ‘πˆππ’πˆπ πŠπ„π“π„π‹π”π’π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„ππ„ππ“πˆππ†π€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Saya mengambil maklum perkembangan melibatkan Saudara Kamil Munim berhubung kenyataan beliau y...
Ketahui Lebih Lanjut
ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π π‘πˆππ†π†πˆπ“ ππ”πŠπ“πˆ πŠπ„π˜π€πŠπˆππ€π πƒπ”ππˆπ€ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π„πŠπŽππŽπŒπˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€
AngkatanΒ MudaΒ KEADILANΒ (AMK)Β MalaysiaΒ menyambutΒ baikΒ perkembanganΒ positifΒ prestasiΒ m...
Ketahui Lebih Lanjut
crossmenuchevron-up