Carian
June 4, 2021

Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda KEADILAN 2020

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) akan mengadakan Kongres Nasional Tahunan AMK 2020 pada Sabtu, 5 Jun 2020, bermula jam 9.00 pagi. Kongres AMK kali ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bagi memenuhi SOP pandemik Covid-19.

Seramai 800 Perwakilan daripada seluruh negara dijangka akan menyertai kongres dalam talian ini. Seperti tradisi, Kongres AMK akan dimulakan dengan Ucapan Dasar Ketua AMK Malaysia, YB Akmal Nasir dan diikuti dengan Perbahasan Ucapan Dasar dan Usul oleh Perwakilan-Perwakilan Negeri.

Kongres kali ini akan membahaskan 7 usul utama yang telah diperolehi daripada Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang yang telah dilaksanakan pada Januari 2021 sehingga April 2021.

Antara usul yang akan dibahaskan ialah soal kerjasama parti-parti pembangkang, isu kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani pandemik wabak Covid-19, kelemahan program vaksinisasi kebangsaan, masalah ekonomi anak muda dan isu keciciran pendidikan dalam fasa PdPR.

Konges AMK kali ini yang akan disiarkan secara langsung melalui Laman Facebook Angkatan Muda Keadilan dan Laman Facebook Akmal Nasir.

Sekian. Terima kasih.
SYUKRI RAZAB

Pengerusi Sekretariat Kongres AMK 2020
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up