Carian
August 9, 2022

PENUBUHAN JAWATANKUASA BERTINDAK BAGI MENANGANI ISU-ISU TERKAIT PERKHIDMATAN PERNIAGAAN PENGHANTARAN E-PANGGILAN (E-HAILING TASKFORCE)

1. Mesyuarat Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (MPAMK) bertarikh 3 Ogos 2022 telah menyinggung beberapa isu mutakhir terkait kemaslahatan segenap segmen anak muda termasuk kebajikan pekerja ekonomi gig yang didominasi anak muda. Lantaran itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah mengadakan sidang media tentang penganjuran piket ‘Food Delivery Blackout’ pada hari Jumaat, 5 Ogos 2022 yang digerakkan oleh rider bagi penyedia perkhidmatan penghantaran makanan Grab Food dan Foodpanda.

2. Sehubungan dengan itu, sebuah Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Terkait e-panggilan (e-hailing taskforce) telah dibentuk serta melantik beberapa ahli MPAMK yang akan bertanggungjawab melaksanakan objektif seperti berikut:

a. Menerima aduan-aduan daripada penunggang dan pemandu penyedia perkhidmatan penghantaran e-panggilan (e-hailing).
b. Meneliti dan mengkaji isu-isu semasa melalui sumbang saran dasar dan polisi radikal secara berterusan.
c. Menemukan penyelesaian daripada tindakan susulan termasuklah inisiatif temu rapat, perbincangan kolektif dan kebajikan pekerja ekonomi gig.

3. Berikut adalah senarai pelantikan Ahli Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Terkait E-Panggilan (e-hailing taskforce):
1. Bryan Ng Yih Miin (Pengerusi)
2. Faris Aiman Bin Elias
3. Hilmy Yakap
4. Ikmal Shahrin Bin Zulkipli
5. Ruben Raj
6. Gavin Way
7. Nadia Fathin Syahira Binti Ahmad Nazri

Sebarang aduan sila salurkan melalui e-mel [email protected]

4. Secara tuntas, Angkatan Muda Keadilan (AMK) sentiasa cakna terhadap kemaslahatan anak muda segenap segmen dan terus menangani cabaran serta merangka solusi secara konsisten. Sekian.

MUHAMMAD SYARIL SHOWKAT ALI
Pengarah Komunikasi
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up