September 30, 2024

Pertahan Melayu Islam? Akmal Saleh Terkait Isu Pensijilan Halal Lebih Sudu Dari Kuah

1.⁠ ⁠Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Sdr Akmal Saleh terkait kesediaan beliau ke mahkamah demi mempertahankan Islam dan Melayu dalam isu pensijilan halal hakikatnya lebih sudu dari kuah.

2.⁠ ⁠Kenyataan ini berlebih-lebih (exaggeration) berbanding soal isu pensijilan halal yang merupakan isu konsumerisme atau kepenggunaan.

3.⁠ ⁠Sebarang ketidaksetujuan soal pandangan terkait isu pensijilan halal oleh Sdri Teresa Kok boleh sahaja dikritik balas oleh sesiapa namun wajar difokuskan kepada perkara pokok dalam pensijilan halal, bukan dilebih-lebihkan menjadi isu bangsa dan agama.

4.⁠ ⁠Tidak wajar buat ahli politik untuk mencucuh api mencetuskan bahang kemarahan dengan isu kaum dan agama dalam pemikiran masyarakat tatkala bahan bakarnya tidak pun wujud.

5.⁠ ⁠Setiap ahli politik bertanggungjawab mencelikkan masyarakat dengan bertindak balas dengan isu melalui penilaian yang lebih objektif.

Haziq Azfar

Pengarah Komunikasi

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia

Related Posts
π€πŒπŠ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ‘πˆππ’πˆπ πŠπ„π“π„π‹π”π’π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„ππ„ππ“πˆππ†π€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Saya mengambil maklum perkembangan melibatkan Saudara Kamil Munim berhubung kenyataan beliau y...
Ketahui Lebih Lanjut
ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π π‘πˆππ†π†πˆπ“ ππ”πŠπ“πˆ πŠπ„π˜π€πŠπˆππ€π πƒπ”ππˆπ€ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π„πŠπŽππŽπŒπˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€
AngkatanΒ MudaΒ KEADILANΒ (AMK)Β MalaysiaΒ menyambutΒ baikΒ perkembanganΒ positifΒ prestasiΒ m...
Ketahui Lebih Lanjut
crossmenuchevron-up