
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah bermesyuarat hari ini dan meneliti beberapa cadangan dari Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berkait proses pemilihan KEADILAN Cabang dan Pusat bagi sesi 2025-2028, dan memutuskan tarikh-tarikh penting seperti berikut:
• Pencalonan jawatan-jawatan Ahli Jawatankuasa Cabang , Wanita Cabang & Angkatan Muda Cabang: 14 - 16 Mac 2025
• Pemilihan Cabang, Wanita Cabang & Angkatan Muda Cabang : 11- 20 April 2025
• Pencalonan jawatan-jawatan Majlis Pimpinan Pusat, Wanita Pusat & Angkatan Muda pusat : 3 - 4 Mei 2025
• Pemilihan Pusat, Wanita Pusat & Angkatan Muda pusat: 24 Mei 2025
MPP juga telah diberi taklimat proses pemutihan keanggotaan KEADILAN yang sedang berjalan, manakala MPP juga di maklumkan berkenaan proses pengesahan keanggotaan, pendaftaran mengundi untuk Pemilihan 2025 serta sistem pembayaran bagi yuran keanggotaan akan di mulakan pada 1 hb Feb dan berakhir 16hb Mac 2025 yang akan di uruskendali oleh Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN.
Dr Fuziah Salleh
Setiausaha Agung KEADILAN