May 6, 2025

Perubahan Tarikh Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ingin memaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025, termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita, telah diselaraskan semula.

Penyelarasan semula tarikh ini berikutan YAB Presiden yang merupakan Perdana Menteri Malaysia perlu menunaikan urusan rasmi negara iaitu menyambut Ketua Negara ASEAN yang dijangka tiba di Malaysia pada 25 Mei 2025. KEADILAN menzahirkan penghargaan di atas kefahaman dan sokongan semua pihak terhadap penyelarasan ini demi kelancaran penganjuran kongres parti yang amat penting ini.

Tarikh baharu pelaksanaan adalah seperti berikut:
21 Mei 2025 (Rabu)
• Perasmian bersama Kongres Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Kongres Wanita

22 Mei 2025 (Khamis)
• Kongres Nasional AMK
• Kongres Nasional Wanita

23 Mei 2025 (Jumaat)
• Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat
• Perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025

24 Mei 2025 (Sabtu)
• Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025

Segala persiapan yang melibatkan perwakilan, logistik, dan pelaksanaan akan diselaraskan semula mengikut ketetapan tarikh yang terkini. KEADILAN menyeru semua pihak yang terlibat agar mengambil maklum akan perubahan ini dan melakukan penyesuaian sewajarnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat KEADILAN di talian rasmi atau melalui e-mel.

Dr. Fuziah Salleh
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Related Posts
crossmenuchevron-up