Carian
June 10, 2021

Rakyat Berhak Memantau Bacaan Kualiti Air Di Tasik Chini

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang pada hari ini memaklumkan, dalam satu kenyataan bahawa tahap kualiti air di tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini masih bersih dan selamat untuk semua hidupan.

Jabatan tersebut juga menyatakan bahawa ada 15 stesen pemantauan kualiti air di tempatkan di sekitar kawasan Tasik Chini.

Saya di fahamkan bahawa pemantauan terhadap tasik berkenaan telah dilakukan sejak ia dianugerahkan status rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada Mei 2009. Manakala pada 13 Mac 2019 pula kerajaan negeri telah bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,498 hektar di tasik itu sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Namun baru-baru ini kerajaan negeri Pahang meluluskan satu projek perlombongan manganese di kawasan sebesar 40.51 hektar (sebesar 60 padang bola) kepada syarikat
Hanishah Ventures Sdn Bhd di satu kawasan berhampiran dengan Tasik Chini. Dokumen EIA juga di laporkan menujukkan kewujudan beberapa lombong lain yang kecil-kecil di
sekitar dan lebih hampir dengan kawasan Tasik Chini. Tentu sekali projek- projek ini di khuatiri akan menjejaskan kelestarian alam di kawasan tasik tersebut yang merupakan tasiksemulajadi kedua terbesar di Malaysia.

Maka pada hari ini JAS dituntut mengeluarkan data kualiti air di kesemua 15 stesen pemantauan tersebut sebagai bacaan ‘ baseline’ dan kemudian seterusnya mempamerkan
kepada awam data bacaan kualiti air pada setiap bulan dari kesemua 15 stesen tersebut supaya rakyat boleh sama-sama memantau impak dari perlombongan manganese yang baru diluluskan tersebut serta juga pencemaran dari lombong- lombong yang lain di sekitar.

Komitmen ini di tuntut dari kerajaan negeri Pahang sekiranya mahu membuktikan bahawa kerajaan negeri komited di dalam usaha menjamin kelestarian alam semulajadi serta
pemuliharaan kawasan Rizab Biosfera UNESCO seperti yang di janjikan.

Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
Jurucakap Alam Sekitar
Ahli Parlimen KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up