Carian
February 24, 2021

Syarikat Malaysia Dalam Indeks Kesaksamaan Gender Bloomberg

Saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Maybank, Bursa Malaysia dan Digi.Com kerana tergolong dalam tiga syarikat sahaja dari Malaysia yang tersenarai dalam Indeks Kesaksamaan Gender (GEI) Bloomberg untuk tahun 2021. Ketiga-tiga syarikat ini telah diiktiraf diantara 380 syarikat dari seluruh dunia dan merangkumi 44 negara.

Pengiktirafan ini penting kerana mencerminkan komitmen terhadap amalan dan polisi berkaitan gender di tempat kerja.

Menurut GEI, Bloomberg telah menyediakan kerangka kerja bagi syarikat untuk berkongsi prestasi mereka dalam tonggak berikut:

(i)bakat kepimpinan wanita
(ii)kesama-rataan gaji
(iii)budaya inklusif
(iv)polisi mengenai gangguan seksual, dan
(v)penjenamaan pro-wanita.

Perkara ini bukan hanya merupakan tonggak terpenting dalam sektor awam dan swasta, tetapi juga dalam bidang politik.

Parti Keadilan Rakyat mempunyai dasar 30% kuota wanita untuk jawatan dan peranan kepimpinan, dan ini termaktub dalam perlembagaan parti. Salah satu pencapaian yang membanggakan merupakan peningkatan sehingga 22% Ahli Parlimen wanita yang menang dalam Pilihanraya Umum yang lalu.

Selangor, yang dipimpin oleh Pakatan Harapan, telah hampir memenuhi kuota 30% wanita dalam lantikan Ahli Majlis, melantik seorang wanita sebagai Datuk Bandar, dan seorang wanita sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) dan juga Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Di Pulau Pinang pula, Kerajaan negeri telah mengumumkan inisiatif baru, "Top-up Women Only Additional Seats (TWOAS) for the State Assembly". Ini adalah usaha yang memberangsangkan, yang akan memastikan kuota 30% wanita boleh dipenuhi dalam Dewan Undangan Negeri.

Wanita KEADILAN akan terus meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya kepimpinan wanita dan kesan positif budaya demokratik dan inklusif, baik di sektor swasta, sektor awam atau politik.

YB Fuziah Salleh
Ketua Wanita
Parti KEADILAN Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up