Carian
September 25, 2021

Wanita KEADILAN Utamakan Kelangsungan dan Kesejahteraan Hidup Rakyat

1.Dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) Parti Keadilan Rakyat hari ini, Wanita KEADILAN telah membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Belanjawan 2021 dengan tumpuan impak kepada golongan rentan khususnya wanita dan kanak-kanak dan peningkatan keganasan berasaskan gender yang kian meningkat.

2.Wanita KEADILAN juga memfokuskan pelan pemulihan ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat dalam situasi "hidup bersama Covid-19". Kami juga telah menuntut agar kerajaan mengaplikasikan format serta konsep ‘Bajet responsif gender’ yang ternyata cukup signifikan dalam Belanjawan 2022 pada sesi libat urus bersama Menteri Kewangan 21 September 2021.

3. Ini merupakan antara impak positif Memorandum Perfahaman (MoU) di antara Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) kerana kerajaan untuk penambahbaikan Belanjawan 2021 sebelum dibentangkan di dalam Dewan Rakyat.

4. Dengan pendekatan ‘Bajet responsif gender’, kita mampu memberikan sekuriti perlindungan dan memperkasa ekonomi golongan rentan termasuk kemiskinan ketua isi rumah wanita, kemiskinan multidimensi di kalangan kanak – kanak, dan isu beban bertindan double di kalangan wanita dalam keluarga.

5. Kami juga mendesak kerajaan agar merealisasikan kesaksamaan gender dengan mengiktiraf kewarganegaraan bayi kelahiran wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing di luar negara.

6. Pendirian ini adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat dimensi kesaksamaan dan menghapuskan diskriminasi gender.

Fuziah Salleh
Ketua Wanita KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up