DEMI KEPENTINGAN AWAM : PANGGIL DAN SIASAT ZAINAB-LATIFF, BUKAN ATYRAH

DEMI KEPENTINGAN AWAM : PANGGIL DAN SIASAT ZAINAB-LATIFF, BUKAN ATYRAH

1. Angkatan Muda KEADILAN (AMK) terkilan dengan intimidasi berterusan yang dikenakan terhadap pihak yang membangkitkan isu terkait skandal penyelewengan Kapal Tempur Littoral Combatant Ship (LCS).

2. Selepas Sdr. Rafizi Ramli, kini terbaru Naib Ketua AMK Malaysia, Sdri. Atyrah Hanim dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok untuk diambil keterangan selepas membuat satu laporan polis berkaitan skandal penyelewengan Kapal Tempur LCS pada Isnin lepas.

3. Untuk makluman, esok Sdri. Atyrah dipanggil untuk memberikan keterangan berkaitan laporan polis yang dibuatnya buat kali kedua, selepas pertama kali dipanggil memberikan keterangan pada hari yang sama laporan polis dibuat pada Isnin lepas.

4. Tatkala banyak persoalan melibatkan kepentingan awam berbangkit, tindakan memanggil Sdri. Atyrah berkali-kali sebagai pihak yang membuat laporan polis amat mendukacitakan dan merupakan pembaziran sumber dan masa selain menghilangkan fokus siasatan sebenar terhadap individu yang terpalit dengan skandal penyelewengan LCS.

5. Setakat ini juga, sekurang-kurangnya terdapat lima (5) laporan polis yang telah dibuat bagi menggesa pihak PDRM membuka siasatan terhadap skandal penyelewengan LCS dan individu-individu yang disebutkan melalui pelbagai sumber termasuk dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Laporan Pengauditan Forensik dan siri pendedahan Sdr. Rafizi. Soalnya, berapakah laporan polis yang diperlukan lagi oleh PDRM bagi membolehkan siasatan yang menyeluruh dilakukan ?

6. Oleh yang demikian, AMK akan memobilisasi anggotanya di peringkat akar umbi untuk turut melakukan laporan polis terkait skandal penyelewengan LCS supaya pihak PDRM dan pihak berkuasa segera melakukan siasatan menyeluruh terhadap kandungan utama laporan polis berkenaan – iaitu perkaitan Menteri Latiff Ahmad dan ‘isterinya’ dengan skandal penyelewengan LCS.

7. Demi kepentingan awam, PDRM seharusnya menyegerakan siasatan terhadap Menteri Latiff Ahmad dan isterinya yang dikaitkan dengan penyelewengan skandal LCS serta menghentikan sebarang intimidasi terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan hal ini.

HAZIQ AZFAR ISHAK
Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *