Carian
July 22, 2020

Selamat Hari Sarawak

FB_IMG_1595428467979

 

Hari Sarawak

 

Tarikh hari ini amat signifikan dan besar maknanya kepada rakyat Sarawak tatkala 57 tahun yang lalu Sarawak mencapai kemerdekaannya dari penjajahan Inggeris pada 22 Julai 1963.

 

Tarikh ini juga menyaksikan Gabenor Inggeris yang terakhir Sir Alexander Waddell secara simbolik menyerahkan kuasa pentadbiran Sarawak kepada rakyat (self rule) melalui Tan Sri Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama.

 

Meski ada pertikaian tentang tarikh sebenar kemerdekaan Sarawak, ingin saya tegaskan isunya adalah rakyat Sarawak selayaknya menikmati hasil limpahan kekayaan ekonomi dan pembangunan yang sama adil dan saksama dengan warga Semenanjung.

 

Jurang kemiskinan antara yang kaya dan miskin mesti diberi tumpuan. Jurang mesti dirapatkan demi kemakmuran dan kesejahteraan kita bersama.

 

Saya mewakili KEADILAN seluruhnya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.

 

ANWAR IBRAHIM

Related Posts
crossmenuchevron-up