
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada petang 4 Mei 2025, setelah mendengar pembentangan dari Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan laporan Juru Audit Digital Antarabangsa pihak ketiga, berpuashati untuk mengesahkan Keputusan Pemilihan 2025 di peringkat AJK Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang untuk kesemua 220 Cabang yang telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang.
Keputusan muktamad untuk Pemilihan 2025 di peringkat cabang akan dipamerkan bermula pada 5 Mei 2025 di https://keputusan.keadilanrakyat.org/
MPP turut dimaklumkan dan mengesahkan tarikh-tarikh penting di dalam garis masa persiapan menghadapi Kongres Tahunan untuk 2024 & 2025 yang akan berlangsung pada 22, 23 dan 24 Mei 2025 di Persada International Convention Centre, Johor Bahru.
MPP turut dimaklumkan dan mengesahkan tarikh-tarikh penting di dalam garis masa persiapan menghadapi Kongres Tahunan untuk 2024 & 2025 yang akan berlangsung pada 23 Mei 2025 sehingga 25 Mei 2025 (Jumaat sehingga Ahad) di Persada International Convention Centre, Johor Bahru.
Kongres Tahunan pada kali ini akan menerima kehadiran seramai lebih kurang 10,000 perwakilan yang akan mengundi secara fizikal di Kongres untuk memilih Majlis Pimpinan Pusat manakala lebih dari 20,000 perwakilan pula akan mengundi untuk pemilihan Pimpinan Pusat secara atas talian.
Sistem Perwakilan yang berpaksikan kepada konsep representasi berkadar mengikut sokongan (Proportionate Representation) juga di jangka menarik perhatian kerana calon Ketua Cabang yang kalah di peringkat cabang juga akan layak menghantar perwakilan ke Kongres apabila mereka boleh menamakan senarai perwakilan untuk ke Kongres di mana jumlahnya akan mengikut kadar peratus undi yang mereka terima di pemilihan peringkat cabang tempoh hari.
Prinsip yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua akan menyemarakkan lagi proses demokrasi di Pemilihan 2025 sewaktu Kongres kali ini.
Oleh kerana persiapan untuk Kongres memerlukan pengurusan yang teliti, maka MPP juga di maklumkan bahawa satu Jelajah Pra Kongres ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan digerakkan oleh ibu pejabat untuk memastikan bahawa para perwakilan menerima maklumat tepat dan komprehensif dalam membuat persiapan rapi untuk ke Kongres kelak.Ibu Pejabat juga akan menyediakan platform khas sewaktu Jelajah Pra Kongres tersebut untuk semua calon Majlis Pimpinan
Pusat bertemu dengan para perwakilan dan memperkenalkan diri masing-masing sebagai calon kelak.
Dr Fuziah Salleh
Setiausaha Agung KEADILAN