Carian
April 6, 2023

AMK Kedah mengecam serangan zionis Israel ke atas umat Islam Palestin di Masjid Al Aqsa

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam oleh Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin baru-baru ini di Masjid Al Aqsa pada bulan Ramadhanyang mulia. Tindakan terkutuk ini telah menyebabkan kecederaan terhadap sekurang-kurangnya 12 orang dan penahanan lebih 350 orang yang lain. 

AMK Kedah percaya bahawa tindakan sebegitu menunjukkan bahawa rejim Israel ternyata tidak peduli kepada hak asasi manusia dan keperluan untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di wilayah tersebut.

AMK Kedah bersolidariti bersama saudara seIslam yang telah dicabuli hak mereka. Adalah amat membimbangkan bilamana serangan tersebut acapkali berulang setiap kali masuknyambulan Ramadhan. 

Adakah Zionis Israel bercadang menjadikan serangan ke atas umat Islam di rumah ibadah satu acara tahunan? Kami juga mendesak komuniti antarabangsa untuk mempertanggungjawabkan Israel dan mengambil langkah tegas untuk menghentikan insiden seperti ini dari berulang lagi pada masa akan datang.

Kami percaya bahawa rasa hormat terhadap hak asasi manusia dan komitmen untuk kewujudan bersama yang harmoni adalah penting untuk membangunkan masyarakat yang adil dan berekuiti. Kami kekal komited untuk memperjuangkan perlindungan terhadap hak asasi manusia dan kami akan terus bersolidariti bersama golongan yang dizalimi.

Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari

Ahli Parlimen Sungai Petani

Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah

Related Posts
crossmenuchevron-up