Carian
March 7, 2021

Seruan Ke Arah Parlimen Malaysia Yang Peka Gender

Sempena Hari Wanita Sedunia yang di raikan pada 8hb Mac setiap tahun di seluruh dunia, kami Ahli- Ahli Parlimen Wanita Malaysia dari pelbagai parti politik samada
kerajaan mahupun pembangkang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada seluruh wanita di Malaysia khasnya.

Tema tahun ini yang telah di tetapkan oleh Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah “Choose To Challenge” ataupun Memilih Untuk Mencabar.

Sesuai dengan tanggungjawab kami selaku Ahli Parlimen, kami sentiasa bercita-cita dan berusaha untuk menjadikan Parlimen Malaysia bertaraf dunia serta kami juga
bersepakat menjunjung tekad untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen yang peka gender ( Gender Sensitive Parliament) seperti yang termaktub di dalam
garispanduan Kesatuan Antara Parlimen - IPU (Inter Parliamentary Union) seperti dibawah :

A GENDER SENSITIVE PARLIAMENT
Gender equality is in the interest of both men and women, and a pre-condition for genuine democracy. Being sensitive to gender issues and favouring equal participation of women and men, parliaments are also more likely to achieve gender equality in society and to fulfil their democratic mandate.

A gender sensitive parliament, responds to the needs and interests of both men and women in its composition, structures, operations, methods and work. It removes the barriers to women’s full participation and offers a positive example or model by promoting gender equality and women’s empowerment to society both national and international. - IPU (Inter Parliamentary Union)

SEBUAH PARLIMEN YANG SENSITIF GENDER
Kesaksamaan gender adalah perkara berkepentingan bagi setiap lelaki dan wanita, dan merupakan pra-syarat kepada sistem demokrasi tulen.
Sebagai sebuah institusi yang sensitif terhadap isu-isu gender dan meraikan penyertaan yang seimbang antara lelaki dan wanita, parlimen lebih berpotensi untuk mencapai kesaksamaan gender dalam masyarakat serta memenuhi mandat demokratik.

Parlimen yang sensitif gender akan dapat memenuhi keperluan dan kepentingan setiap lelaki dan wanita dari aspek komposisi, struktur, operasi, kaedah serta corak
kerjanya.

Justeru, ia dapat membuka ruang untuk penyertaan penuh wanita dan menawarkan suatu contoh atau model yang positif dengan mempromosikan kesaksamaan gender dan pengupayaan wanita kepada masyarakat di peringkat nasional mahupun antarabangsa. (diterjemah oleh unit penyelidikan Parlimen Malaysia)

Hasrat untuk Parlimen Malaysia menjadi sebuah institusi yang mempunyai ciri-ciri seperti yang di gariskan oleh Kesatuan Parlimen Antarabangsa akan kami usahakan bersama melalui cara-cara berikut:

1. Memberi keutamaan kepada Rang Undang- Undang serta dasar yang mengarah kepada kesaksamaan gender.

2. Perbahasan dalam Dewan yang mencerminkan kepekaan isu gender.

3. Menilai kemungkinan reformasi sistem pilihanraya demi memastikan representasi gender lebih seimbang di dalam Parlimen Malaysia.

4. Bajet dan peruntukan kewangan yang responsif kepada keperluan gender di dalam segala aspek tugasan kementerian dan agensi.

5. Berusaha ke arah mewujudkan kesaksamaan gender di dalam perlaksanaan program Jawatankuasa Pilihan Khas di Parlimen Malaysia.

6. Memastikan bahawa pembangunan prasarana di Parlimen Malaysia mengambil kira keperluan gender serta dasar-dasar berkaitan penjawat awam yang bertugas beserta Ahli Parlimen juga merupakan dasar merangkumi keperluan gender.

Justeru itu kami yang tersenarai di bawah ingin mengajak rakan sejawat kami, AhliAhli Parlimen yang lain untuk turut serta, sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini, di dalam ikrar untuk mengangkat martabat Parlimen Malaysia kearah menjadi Parlimen yang peka gender.

Komitmen bersama dari Ahli-Ahli Parlimen Malaysia yang menyenaraikan kesemua Ahli Parlimen yang menurunkan nama mereka selepas kenyataan ini di keluarkan akan kami angkat ke IPU- Inter Parliamentary Union dan CPA- Commonwealth Parliamentary Association, pada penghujung bulan Mac 2021 nanti. Wakil- wakil masyarakat beserta orang ramai juga di galakkan untuk menggesa Ahli Parlimen masing-masing untuk menurunkan tandatangan dan seterusnya komited di dalam menghayati hasrat yang murni ini.

Hasrat setinggi gunung bermula dengan langkah yang kita mulakan hari ini.

Selamat Hari Wanita Sedunia!

#ChooseToChallenge
#MemilihUntukMencabar

1. Hajjah Fuziah Salleh (Kuantan P083)
2. Dato' Sri Azalina Othman (Pengerang P157)
3. Teresa Kok (Seputeh P122)
4. Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (P147)
5. Dato' Sri Hjh Nancy Hj Shukri (Batang Sadong P200 )
6. Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan P100)
7. Dato' Sri Hjh Rohani Abdul Karim (Batang Lupar P201)
8. Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh P044)
9. Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi P156)
10.Kasthuri Patto (Batu Kawan P046)
11.Teo Nie Ching (Kulai P163)
12.Dato' Hjh Azizah Mohd Dun (Beaufort P177)
13.Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar P067)
14.Dato' Hjh Hanifah Hajar Taib (Mukah P213)
15.Hannah Yeoh (Segambut P117)
16.Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah P134)
17.Datuk Seri Rina Mohd Harun (Titiwangsa P119)
18.Datuk Zuraida Kamaruddin (P099)
19.Dato Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff (P023)
20.Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau P190)
21.Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju P116)
22.Yeo Bee Yin (Bakri P145)
23.Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud P169)
24.Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya P105)
25.Hajjah Natrah Ismail (Sekijang P141)
26.Hjh Rubiah Wang (Kota Samarahan P197)
27.Rusnah Aluai (Tangga Batu P136)
28.Wong Shu Qi (Kluang P 152)
29.Noorita Sual (Tenom P181)
30.June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor P094)
31.Alice Lau (Lanang P211)
32.Vivian Wong (Sandakan 186)
33.Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Merbok P014)

Related Posts
crossmenuchevron-up