Carian
October 26, 2021

Pelan Tindakan Gender Negara - Oleh WANITA KEADILAN

PELAN TINDAKAN GENDER NEGARA - Oleh WANITA KEADILAN
Satu ‘ROADMAP’ ke arah pencapaian Kesaksamaan Gender

26hb. Oktober 2021

PENGENALAN
Pelan Tindakan Gender Negara merupakan satu ‘Roadmap’ yang telah digubal oleh Wanita KEADILAN. Disini kami ingin menyarankan ianya diguna pakai oleh pihak kerajaan pada hari ini demi membawa negara kearah pencapaian matlamat kesaksamaan gender. Wanita KEADILAN komited untuk berganding bahu dengan semua pihak, demi memastikan bahawa jurang pencapaian diantara gender dikalangan penduduk negara Malaysia tidak terus menerus melebar.

Pimpinan negara telah berulang kali sejak awal tahun 2000 menyatakan komitmen terhadap agenda kesaksamaan gender melalui pelbagai strategi serta dasar yang telah di perkenalkan di pelbagai peringkat sebelum ini.

Baru- baru ini Perdana Menteri Malaysia dalam Ucapan RMK 12 di Parlimen Malaysia, sekali lagi telah menekankan komitmen negara kepada agenda memperkasakan gender tersebut. Beliau diantara lain telah membangkitkan isu penyertaan wanita dalam pasaran kerja, isu pembangunan ekonomi usahawan wanita, dan isu akses kepada perkhidmatan penjagaan.

Malah dari awal lagi Malaysia juga merupakan negara yang komited terhadap pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan PBB atau ‘United Nations Sustainable Development Goals’ (SDGs)

Dalam konteks khusus Matlamat ke 5 SDG : Pencapaian Kesaksamaan Gender, Malaysia telah pun meratifikasikan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). Malaysia juga menjadi penyokong Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing (Beijing Platform for Action) untuk memperkasakan dan melindungi keselamatan serta kepentingan wanita dan kanak-kanak.

Pelbagai inisiatif juga telah dimulakan dengan hasrat merapatkan jurang pencapaian antara gender. Contohnya pada tahun 2004, Jawatankuasa Kabinet Dalam Kesaksamaan Gender diwujudkan untuk menangani isu-isu gender dan Projek Perintis yang merangkumi penglibatan lima Kementerian di lancarkan.

Kemudian pada tahun 2009, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita pula telah di bentangkan.

Namun sejak 26 tahun Beijing Convention di lancarkan negara kita Malaysia terus menerus membuktikan kegagalan demi kegagalan didalam usaha mengarus perdanakan gender juga matlamat kesaksamaan gender dilihat bertambah sukar untuk di capai.

Mengapakah Pelan Tindakan Gender Negara dan ‘ROADMAP’ ini diperlukan sekarang ?

Titik permulaan Pelan Tindakan Gender Negara ini wajar di perkenalkan dan mula diguna pakai pada saat ini kerana Malaysia berada di permulaan Rancangan Malaysia ke-12, maka inilah masanya untuk membetulkan jurang gender yang telah menjadi lebih lebar akibat daripada pandemik COVID19.

Kedudukan Malaysia berbanding negara lain di dunia berkaitan Indeks Jurang Gender.

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Jurang Gender Global telah mula direkodkan sejak tahun 2006. Terkini, menurut laporan World Economic Forum tahun 2021 Malaysia menduduki kedudukan ke 112 daripada 156 negara. Kedudukan Malaysia telah menurun begitu drastik sejak 2019 dimana ketika itu negara kita menduduki tempat ke-73. Kedudukan Malaysia pada tahun 2019 telah meningkat kerana dasar dan strategi Kerajaan Pakatan Harapan pada waktu itu telah membolehkan kewujudan lebih ramai pepimpin Wanita di Kerajaan mahupun sector swasta di GLC.
Merujuk kepada Jadual 1.2 diatas, Malaysia mempamerkan prestasi yang amat merisaukan kerana pada tahun 2021, dari kalangan 20 negara Asia Timur dan Pasifik, Malaysia berada di kedudukan ke-16. Kita harus mengambil maklum bahawa negara-negara seperti Filipina, Thailand dan Cambodia telah mengambil tempat dihadapan kita.

Salah satu ciri yang digunapakai untuk ukuran kesenjangan gender adalah penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan. Di Malaysia Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (LFPR) untuk wanita masih rendah pada 55.6 peratus berbanding dengan negara maju lain seperti Australia (72.5%) dan Singapura (69.1%). Umumnya, LFPR wanita untuk negara maju melebihi 60 peratus. Tetapi Malaysia juga kalah kepada negara seperti Vietnam (LFPR 70.9%- 2020 )

Index Jurang Gender di Malaysia menunjukkan bahawa sementara wanita mencapai tahap pendidikan yang tinggi, dan memiliki akses yang baik untuk penjagaan kesihatan, masih terdapat penurunan dalam penyertaan ekonomi wanita dan petunjuk yang paling kurang memuaskan adalah peranan yang dimainkan oleh wanita dalam kepemimpinan dan politik.

Impak Pandemik COVID 19 menambah kepada jurang gender sedia ada.

Untuk memahami keperluan PTGN, kita harus meneroka terlebih dahulu kesan pandemik COVID-19 terhadap wanita. Pandemic COVID-19 yang kini diiktiraf sebagai endemik adalah bahawa kesenjangan gender diantara golongan wanita dan lelaki telah menjadi lebih luas (wide), dan kita mendapati bahawa golongan wanita yang jauh ketinggalan dibelakang.

Di peringkat global, dianggarkan 5.0 peratus wanita hilang pekerjaan pada tahun 2020, berbanding dengan 3.9 peratus lelaki. Ini disebabkan oleh fakta bahawa 40 peratus wanita yang bekerja, bekerja di sektor yang terjejas teruk akibat penutupan sektor pekerjaan sewaktu ‘lockdown’. Di semua kawasan, wanita juga lebih cenderung daripada lelaki untuk keluar dari menjadi tenaga kerja.

Menurut kajian PBB, wanita lebih cenderung daripada lelaki untuk melaporkan peningkatan beban kerja mereka yang tidak berbayar ‘unpaid workload’ sejak bermulanya wabak ini. Tinjauan ibu bapa di UK, AS dan Jerman baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita menghabiskan lebih banyak masa daripada lelaki untuk menjaga anak semasa hari kerja biasa - walaupun kedua-dua ibu bapa bekerja dari rumah.

Di negara-negara dengan kadar jangkitan COVID-19 yang tinggi, wanita lebih rentan di tempat kerja, kerana mereka merupakan sebahagian besar ataupun majoriti daripada pekerja sektor perkhidmatan perlu .

Sebelum pandemik COVID-19, 243 juta wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia menjadi mangsa kepada keganasan seksual dan/atau fizikal yang dilakukan oleh pasangan intim dalam tempoh dua belas bulan sebelumnya. Data dari Wanita PBB menunjukkan bahawa keganasan terhadap wanita dan gadis meningkat semasa COVID-19. Di Malaysia data 2020 menunjukkan peningkatan 57% dalam kes keganasan terhadap wanita yang dilaporkan.

Mengapakah Malaysia terus menerus berada didalam keadaan ini?

Walaupun negara kita komited secara verbal dan juga wujud beberapa pelan tindakan untuk mencapai matlamat kesaksamaan gender, namun ada beberapa halangan besar didalam perjalanan tersebut yang didapati telah tidak di atasi secara sungguh-sungguh. Akibatnya pada hari ini, negara kita jauh lari dari trajektori asal dalam usaha untuk mencapai matlamat kesaksamaan gender. Intervensi perlu di lakukan pada hari ini dan ianya perlu di lakukan secara serius dan sungguh-sungguh berbekalkan iltizam yang kuat demi untuk merubah trajektori yang sedang kita lalui, kepada satu laluan baru, sambil kita mengenalpasti halangan, mengatasinya, dan memantau sepanjang perjalanan kearah destinasi pencapaian matlamat kesaksamaan gender tersebut.

Wanita KEADILAN disini mempersembahkan satu ‘ROADMAP’ kearah pencapaian kesaksamaan gender.

Apakah faktor kritikal untuk memastikan kejayaan
(Critical Success Factor) ?

Sistem Pengumpulan dan Pengurusan Data

Untuk mencapai kemajuan bagi wanita dan lelaki, secara individu dan dengan perhubungan antara satu sama lain, kita memerlukan statistik yang menggambarkan keadaan unik penduduk, yang dipecah berdasarkan jantina. Ini dipanggil secara teknikal ‘sex-disaggregated data’. Kami perlu meningkatkan pengumpulan data di kawasan yang memberi kesan yang tidak seimbang kepada wanita atau kanak-kanak perempuan. Dan kita perlu menambahbaik kaedah pengumpulan data yang pada masa ini tidak menggambarkan realiti sebenar.

Sepertimana pengalaman di negara-negara yang lebih maju membuktikan, data gender akan memberi kesan yang nyata dan kuat untuk mencapai agenda pemerkasaan gender. Pengukuran adalah penghubung antara cita-cita dan keberhasilan.

Malaysia sebagai satu negara mempunyai banyak peluang, pada awal RMK-12, untuk memfokuskan pada data gender yang lebih baik, yang dapat digunakan, serta bersepadu. Integrasi data inter-sektoral ini amat penting untuk pencapaian kesaksamaan gender, dan seterusnya, agenda pembangunan mampan.

Kenyataan Bajet Gender dan Bajet Responsif Gender

Kerajaan perlu menunjukkan komitmen yang jelas dengan mengeluarkan Kenyataan Bajet Gender yang terperinci pada setiap tahun. Kenyataan ini harus di keluarkan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Wanita dan Kementerian-Kementerian lain yang sewajarnya. Kenyataan yang jelas dan terperinci harus mengandungi apa yang ingin dicapai pada tahun tersebut dan inisiatif yang menyambung dari tahun ke tahun. Perlu ditekankan bahawa komitment kepada memperkasakan gender adalah proses yang panjang dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapai sesuatu tahap.

Bajet Responsif Gender (GRB) adalah alatan ‘tool’ untuk mengarusperdanakan gender. GRB digunakan untuk memperuntukkan bajet untuk menjalankan dasar dan strategi yang di garis pandukan dalam Kenyataan Bajet Gender diatas. Komitment sesebuah negara kepada agenda mengarusperdanakan gender sering diukur dari jumlah perbelanjaan negara.

BIDANG KEBERHASILAN PELAN TINDAKAN GENDER NEGARA

1. KESELAMATAN WANITA

Mengakhiri keganasan terhadap wanita harus diberikan keutamaan nasional. Wanita mempunyai hak untuk selamat di rumah, di tempat kerja dan dalam masyarakat. Pada zaman COVID-19, telah meningkatkan jumlah kekerasan yang dihadapi wanita. Secara nasional kita harus menyesuaikan diri dan menyelami isu dan bukti baru, termasuk tindak balas terhadap keganasan bukan fizikal seperti kawalan paksaan dan peningkatan penggunaan teknologi canggih untuk mengelakkan penyalahgunaan bagi isu ini.

Seharusnya ia mempunyai langkah-langkah pra-empatif yang difokuskan untuk mencegah kekerasan sebelum dimulai, memberikan layanan dan tindak balas, memberikan bantuan kewangan untuk wanita yang harus meninggalkan hubungan yang ganas, memahami masalah melalui pengumpulan dan pemantauan data, dan memperluas tanggapan melalui sistem yang adil.

Meningkat sokongan untuk wanita dan kanak-kanak orang asli dan sokongan untuk wanita dari pelbagai komuniti, termasuk wanita kurang upaya.

Menangani gangguan seksual di tempat kerja adalah penting untuk meningkatkan keselamatan wanita dan keselamatan ekonomi. Mengatasi gangguan seksual di tempat kerja memerlukan kepemimpinan dan penglibatan dari semua peringkat pemerintahan, serta komuniti perniagaan, dan harus menjadi tumpuan yang berterusan.

2. WANITA DAN EKONOMI

Masih belum ada kemajuan yang signifikan untuk memperkuat keselamatan ekonomi wanita di Malaysia. Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (LFPR) Wanita kekal stagnan sekitar 55%. Simulasi makroekonomi telah membayangkan bahawa merapatkan jurang antara peluang ekonomi lelaki dan wanita boleh meningkatkan pendapatan sebanyak 26.2 peratus per kapita Malaysia—purata keuntungan pendapatan tahunan kira-kira AS$2,230 (RM 9,250) bagi setiap rakyat Malaysia.

Kami mengesyorkan agar perbelanjaan agresif diperuntukkan untuk meningkatkan kemampuan penjagaan kanak-kanak untuk keluarga Malaysia. Pelaburan ini akan menghasilkan peningkatan dalam penyertaan tenaga kerja wanita.

PTGN harus komited untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam pendidikan dan latihan, dan pekerjaan. Langkah-langkah ini akan meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita dan memberi lebih banyak peluang bagi wanita untuk menempuh jalan kerjaya yang mereka pilih.

Kestabilan ekonomi rumah tangga yang ditanggung wanita mesti menjadi keutamaan. Dengan perubahan garis panduan kemiskinan kepada RM 2208, ramai isi rumah ketua wanita kini mendapati diri mereka berada di bawah paras kemiskinan. Bantuan sosial mesti mempunyai lensa fokus gender dan memastikan bahawa bantuan itu sampai ke rumah tangga yang memerlukan.

Menyedari bahawa perumahan yang stabil merupakan aset penting untuk keselamatan ekonomi dan kesejahteraan wanita, PTGN harus mewujudkan Jaminan Rumah Keluarga untuk membantu ibu bapa tunggal yang layak dengan anak tanggungan, yang sebahagian besarnya adalah wanita, memasuki pasaran perumahan lebih awal dengan deposit serendah sebanyak dua peratus dari harga pembelian seperti yang dilakukan di Australia.

3. WANITA DAN PENJAGAAN KESIHATAN

Kesihatan wanita dan gadis sangat penting untuk kesejahteraan keseluruhan dan kemampuan mereka untuk berpartisipasi dalam masyarakat. Wanita telah mengalami peningkatan kesihatan yang signifikan dalam beberapa tahun terakhir, yang disokong oleh sistem penjagaan kesihatan nasional. Namun PTGN harus memastikan bahawa pembiayaan diberikan untuk kesihatan wanita pada setiap tahap kehidupan dan memberikan pelbagai inisiatif yang merangkumi kesihatan ibu, seksual dan pembiakan, penuaan, keadaan kronik, kesihatan pencegahan, dan kesihatan mental.

4. WANITA DAN UNDANG-UNDANG

Kewujudan rangka kerja undang-undang serta dasar yang menyokong hak wanita adalah komponen asas sistem kedaulatan undang-undang. Walaupun dasar awam sensitif gender merupakan pelengkap penting kepada rangka kerja undang-undang ini, undang-undang peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang boleh dikuatkuasakan di mahkamah undang-undang dan terhadap mana-mana pelaku (individu, syarikat, organisasi dan kerajaan) boleh didakwa dalam kes jenayah. Walaupun Malaysia mempunyai beberapa rangka kerja undang-undang, masih terdapat beberapa jurang penting, baik dalam liputan rangka kerja undang-undang dan dalam akses sebenar wanita kepada hak mereka.

5. WANITA DAN KEPIMPINAN

Memajukan kepimpinan wanita seharusnya menjadi keutamaan PTGN. Wanita yang berada dalam kedudukan berkepimpinan membantu mengurangkan jurang gaji bagi gender berlainan, dan menyediakan teladan dan mentor untuk generasi seterusnya pemimpin. Walau bagaimanapun, halangan untuk memajukan wanita ke arah kedudukan kepemimpinan tetap telah merangkumi faktor-faktor seperti: persepsi terhadap kepemimpinan; kekurangan teladan model; struktur kerjaya yang tegar dengan tahap pengasingan pekerjaan yang tinggi; budaya tempat kerja yang buruk, termasuk gangguan seksual di tempat kerja; dan, kurangnya akses ke pengaturan kerja yang fleksibel yang menyokong pekerjaan dan keluarga.

USAHA PAKATAN HARAPAN

Situasi politik negara juga tidak membantu situasi ini, kerana usaha dan komitmen yang ditunjukkan sewaktu Pakatan Harapan menerajui Kerajaan selama 22 bulan tidak lagi diteruskan pada waktu ini. Contohnya, inisiatif Akta Anti Gangguan Seksual dan Akta Anti Hendap digubal oleh Kerajaan Pakatan Harapan, masih belum lagi di bentangkan di Parlimen.

Harus dinyatakan di sini bahawa KEADILAN menyokong penuh agenda mengarusperdanakan gender, malah ia menjadi pemangkin utama dalam membawa agenda ‘Gender Responsive Budget’ dan ‘Gender Sensitive Policy’ yang telah diperkenalkan di peringkat negeri Pakatan Harapan, khususnya di Pulau Pinang dan Selangor yang telah mengangkat dasar keterangkuman jantina sebagai kebijakan rasmi pemerintah di peringkat negeri.

CADANGAN LANGKAH SETERUSNYA

Wanita KEADILAN mencadangkan penubuhan Jawatankan Kuasa rentas kementerian yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan mempunyai punca kuasa untuk mengumpulkan data dari pelbagai Kementerian.

Wanita KEADILAN juga mencadangkan pendekatan atas-bawah dan bawah-atas yang berlangsung serentak. Projek Perintis ‘Pilot Project’ boleh dimulakan dikawasan-kawasan Parlimen yang terpilih dengan penglibatan terus Ahli Parlimen untuk mengkaji keberkesanan sistem pengumpulan data yang digunakan dan seterusnya mengambil langkah-langkah pembetulan.

Kami mencadangkan KPM, KKM, Sumber Manusia, Pembangunan Luar Bandar dan KDN menjadi sebahagian daripada jawatankuasa tersebut. Punca Kuasa dan ‘Lead Agency’ wajarlah di berikan kepada Kementerian Kewangan kerana mereka yang menguruskan Bajet tahunan.

DENGAN MATLAMAT Jangka Panjang UNTUK MErapatkan Jurang Gender di SEMUA SEKTOR

KESIMPULAN
Akhir kata, Wanita KEADILAN ingin menegaskan bahawa sekiranya intervensi ini tidak dilakukan sekarang, besar kemungkinan kita tidak mampu capai hasrat kesaksamaan gender di akhir tempoh 2030 nanti.

 

BM Final PELAN TINDAKAN GENDER NEGARA

Related Posts
crossmenuchevron-up