Baju Baru Sang Raja (The Emperor’s New Clothes), Rafizi Bagaikan Budak Yang Jujur

Merujuk kepada beberapa komen kebelakangan ini daripada Ahli Parlimen Sibuti GPS dan Ketua Penerangan Pemuda PBB berkenaan ucapan saudara Rafizi Ramli, AMK Sarawak ingin menyeru kepada pimpinan BN/GPS supaya tidak terus berada dalam penafian dan sebaliknya harus menerima teguran saudara Rafizi dengan hati yang terbuka dan realistik. Kenyataan saudara Rafizi…

SOKONG KEADILAN DEMI TEGAKKAN KEADILAN UNTUK ANAK SARAWAK

Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, telah didapati bersalah atas pertuduhan meminta sebanyak RM187.5 juta dan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta di Mahkamah pada hari ini. Wang tersebut merupakan upah untuk membantu sebuah syarikat mendapatkan projek pembekalan elektrik melalui solar serta penyelenggaraan dan operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah…

Batal Proklamasi Untuk PRN Sarawak Bukti GPS Tidak Peduli Kesihatan Rakyat Dan Takut Undi Anak Muda

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak berasa kesal dan pelik dengan keputusan kerajaan untuk menamatkan proklamasi darurat Sarawak dengan lebih awal bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12. Berbeza dengan negeri Melaka, Sarawak telah diberi ruang di bawah pengisytiharan darurat dan hanya perlu mengadakan PRN selepas 60 hari darurat yang…

AMK Kemukakan Laporan SPRM Secara Terbuka

Setelah meneliti Ucapan Khas Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin semalam, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) telah mendapati bahawa ucapan tersebut mengandungi unsur-unsur yang sesungguhnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, memberi impak negatif kepada kedaulatan undang-undang dan menjejaskan kewibawaan institusi kerajaan di negara kita. Dalam Ucapan tersebut, Tan Sri Mahiaddin Bin…

Pembatalan Ordinan Darurat Wajib Mengikut Ketetapan Di Bawah Perlembagaan Persekutuan

1. Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat semalam, semua 6 Ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat telah dibatalkan kerana kerajaan menarik balik Ordinan berkenaan pada 21 Julai lalu. 2. Walau bagaimanapun, pengumuman Menteri yang…

AMK Sedia Membantu Mangsa Kemalangan LRT Laluan Kelana Jaya

Biro Guaman dan Undang-undang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengikuti rapat perkembangan insiden kemalangan yang melibatkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Kelana Jaya berdekatan Stesen LRT KLCC. Kami menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan ini. Kemalangan LRT ini telah mengakibatkan…